dR_t0ts ^o^
Woot woottt! ヾ(@⌒ー⌒@)ノ
Aku sedang memblogkan blog aku melalui saya-talipon milikku. Ahahaha sangat lah gumbira rasa hati bila internet berkuasa kuda dan semangat berkuasa cahaya. Arghh banyak benda berjuta perkara yang berlaku dalam hidup seorang erna nadia dalam seminggu dua ni. Phewww!

Life is not easy buddy! But hey life is bitter without experiences!
Dalam bulan Syawal yang mulia lagi bahagia ini aku banyak pula terkenang kisah silam aku di alam universiti academy.

Tentang betapa shit nya diri aku zaman study. Dan baru sekarang lah aku nak sedar diri betapa shitnya aku dahulu. Perangai, kata kata, tingkah laku, tutur kata ahh segalanya lah memang macam tahi sahaja. Kenapa sampai begitu perlakuanku?

Oo Allah.. Jika aku boleh pusing masa memang aku akan pusing 360 darjah! Nak ulang masa tahi ku menjadi masa pelangi yg indah. But life is life. Let bygone be bygone bak kata orang. Tapi berkata kata memang senang. Nak buat tu yang tak berapa senang kan?

Sebabnya kadang2 kita rasa macam insaf tapi kadang2 setan tu pakai power yg hebat lalu tewas jugak iman senipis bawang kita ni, nahh mula fikir ehh aku ke yang salah? Kadang kadang kita nak jugak rasa yang kita ni sentiase aje betul takmau kalah. Ah stendet lah tu kan?

Tapi aku dah tak pedulik dengan syaitan2 yang dahulu berjaya tahikan hidup aku. Maka aku dengan tebal mula mencari semua kontek nomber kawan2 aku pernah guriskan hati mereka demi untuk memohon ampun atas segala jahat aku. Uiiceyhh bunyi macam aku ni penjahat atau penjenayah pulak kan?

Tapi apa beza penjahat yang merompak bank dengan orang jahat yang selalu sakitkan hati orang? Rasanya bank kalau kena rompak ada banyak lagik bank yang boleh bekerja besoknya. Tapi kalau hati yang dah disakiti mana mungkin pulak nak carik hati lain. Ok memang lah hati bole tumbuh semula tapi parut melekat sampai mati. Ahh tapi sekarang orang boleh amik collagen utk buang semua parut yang ada. Ok apa yang engkau mengarut ni wahai tenuk?

Aku harap dengan usahaku mahu menjernihkan persahabatan akan diredhai Allah dan usahaku ini berbaloi baloi. Amin!

Kau pernah rasa tenang dan aman tak bila kau dah buat something yang besar maknanya? Aku rasa! Aku rasa dadaku tenang seluasnya. Bukan dadaku besar lurahnya ok. Tetttt!

Cubalah kau buang ego kau dan ketepikan sekejap malu kau untuk meminta maaf atas dosa yang kau pernah buat di depan di belakang di tepi di atas di bawah di semua arah angin, insha Allah hati kau rasa aman dan senyum kau tak mau lekang.

Lagipon sekarang aku tengah dalam mode nak awet muda so aku takmau dah hidup di dalam kepuraan kesakitan dan mkemuraman! Err ada kaitan ke? Ada lah of kos. Bila kau selalu senyum selalu ketawa dan gembira hati kau lapang dan muka kau takkan dimamah usia.

Ok lah. Dah pukul 3 pagi. Rosak plan awet muda aku hari hari pon nak jadik kelawar.
Ampun maaf atas segalanya!(*^o^*)/


0 Responses