dR_t0ts ^o^
Dah genap 3 minggu aku bergelar seorang pegawai perubatan gred ud41 aka doctor aka houseman.. Aku ada 2 tahun masa diberi untuk lengkapkan 6 posting: o&g, medical, surgery, orho, peads, a&e.. Setiap posting diberi 4 bulan.. Kalau elok komentari terhadap kau maka genap 4 bulan boleh lah kau bernomad ke posting lain kalau tak kau akan kena extend selama 1-3 bulan.. 

Bunyi gelaran doctor tu semacam hebat..
Awalnya masa aku sudy medic, masa aku dah grad medical dan dah bergelar doctor aku langsung tak punya apapa perasaan.. Aku rasa semua kerja sama ja.. Sama susah tapi at last akan dapat gaji dan bergembira.. Tapi bila aku dah mula kerja baru aku tahu betapa tingginya gelaran doctor tu.. Semua staffness akan panggil kau doctor.. Aku sudah ckp jangan panggil doktor lah, panggil saja erna.. Tapi mereka mmg sudah diset minda utk menghormati doktor..

Besar aku rasa tanggungjawab aku..
Rasa macam tak mampu.. Awal2 kerja aku banyak berfikir, sampai bila harus hidup penat dan beban begini?
Hanya utk gaji besar sampai tiada masa utk hidup biasa begini?

Awal2 masuk sesuatu posting akan ada masa tagging 2 minggu.. Kalau org atas kau aka mo or specialist ko ckp ok awak bole offtag esok maka kerja kau akan terasa kurang beban sikit sebab kau kerja 8 jam sahaja..

Aku sekrg masih tagging di mana aku bekerja 16 jam sehari.. Kau bayangkan lah diri aku.. Sudah seperti lidi dah.. Makan tak sempat.. Solat kena laju laju.. Kena tahan pedih telinga hari hari kena jerkah..ya aku mula rasa sedikit tidak ikhlas bila pergi kerja. Rasa mahu give up everything.. Aku rasa tidak adil bila ada kawan aku dapat specialist yg bapak cool yg tak ada assesment pon utk offtag.. Hanya perlu complete kan tagging sheet sahaja dan bole offtag..

Ouh aku lupa nak bagitahu yang aku dapat dept o&g kat hosp pulau pinang..
Dept yg mencabar kata orang..
Aku ingat aku akan ok sebab masa belajar dulu aku sangat suka o&g.. Aku rasa aku bole..tpi bila kerja aku rasa sikit menyesal pilih o&g as my first posting.. Semua kata aku silap langkah.. Semua kata aku patut ambil medical sebagai first posting aku.. Haihh.. Nasi, sudah jadi bubur apa bole ubah lagi?

Dalam masa 14 hari tagging aku perlu buat banyak benda: aku kena sambut anak 10 kali, jahit episiotomy 5 kali, assist dalam ceasarean section 5 kali dan bla bla bla.. Ya aku sudah menjadi bidan utk 15 wanita.. Bunyi mcm hebat tapi langsung tak cool..

Dalam masa 14 hari ni aku asyik dimarah.. Apalah salah aku yang grad dari oversea ni? Mana lah aku tahu sistem malaysia.. Salah ke untuk dorg ajar? Bila tanya mereka suruh aku belajar dengan staffness.. Haduh apa guna kau wahai mo dan specialist?
Bukan aku mintak utk belajar medik jauh jauh pun.. Dah jpa nak hantar takkan aku nak kata eh taknak lah saya nak study dalam negara ja sebab nanti saya tak reti pula sistem malaysia.. Ayoyo..

Hari hari aku pergi kerja dalam keadaan takut.. Seronok ke bekerja kalau hati tak ikhlas?
Aku ingat aku sorang tapi semua org rasa mcm aku.. Ada beberapa org kawan aku dah tulis surat behenti kerja sebab tak boleh tahan dengan semua ni lagi.. Aku ada jugak rasa mcm tu..tapi aku taktau bila aku akan bertindak mcm tu..

Syukur aku dapat hospital pulau pinang.. Dekat dengan rumah dan ada mak ayah.. At least setiap hari dorg boleh teman aku.. Dan syukur jugak aku ada tunang yang best dan boleh faham aku.. Syukur ada kawan baik yang ada masa nak bagi telinga untuk aku luah.. Ya aku seorang yang manja dan cepat nangis.. Dah segelen air mata aku tumpah sejak mula kerja.. Aku bukan macam orang lain yg pandai sembunyi perasaan sedih.. Aku seorang yg fragile.. Hukhuk..

Tapi sejak kebelakangan ni aku sudah mula terdetik: mesti ada sesuatu yang manis di sebalik semua ni.. Allah itu kan Maha Bijaksana.. Dia juga Maha Mendengar.. Aku pasti Dia mendengar doaku.. Semoga perjalanan hidup aku dan kawan seperjuangan dipermudahkan..amin :)