dR_t0ts ^o^
al0haa dunia!^-^

start a day with a schmile & end a day wit a laugh!
baaahaahaaa!
aku takde keje pagi buta neh..
ya aku baru ja berjinak jinak untuk menjadek awet muda dengan tido awal & bangun awal..
kenapa ? kenapa?
sebab..err sebab..awet muda lah! aku nak masuk 25 tahun oi this june..
omg omg! kakak aku masa 25 da dpt se0rang putri dah..dalam pr0ses nak dapat putra kot..beza dengan aku yg 25 tapi maseh bujang trang tang tang!

ok wutever toiek,jangan nak mengarut tak tentu hala.

utara?
kenapa dengan utara?
ya..aku sangat lah berjodoh dengan utara neh..
aku dilahirkan di utara tanah air-penang yang besh tu!
di sekolahkan di utara juga- penang & perlis
dan bila aku da besar mcm gajah ni pon aku masih di utara..iaitu utara dunia!

Russia! Russian Federation! USSR ! 
wutever it is called,aku sudah di negara gah di utara dunia ni 6 tahun..
2o12 is my final year here insha Allah..

tengok sungguh berjodoh kan aku dengan utara? DING!!~
macam mana aku bole tercampak kat Russia neh mmg sudah ditetapkan qadak&qadar
aku pon layan ajela

tak pernah pulak aku impikan nk further study jauh jauh ni ha
aku ni asal dari pekan kecik kat penang tu ha
xde mase pulak aku nk pikir bila besaq nanti aku akan sampai kat tpt omputeh
selalu nampak je kat pekan kecik aku tu sbb rumah arwah atok dekat dgn bukit bendera & kek lok si..so byk la omputeh suke g situ
nak cakap omputeh pon lidah aku ni liat semacam je
tup tap tup tap
lepas spm aku dah tercampak kat sini
Alhamdulillah (=

lawak bila pikir sbb aku tak pernak sesaat seminit sedetik pon terpikir yg aku akan ke oversea & belajar medic!
tapi itulah aku..
aku yang tiba tiba kena blaja medic n tiba tiba aku dah kat final year
dan tiba tiba jugaklah akan menjadik doctor
ouh yem geee! ini suma di luar kawalan & aku memang seorg yang suka nak over over neh!

aku tak minat medic sebab aku rasa aku bukan paham sains sangat
orang ckp nak jadek doctor neh kena hebat
hebat sains hebat english hebatlah dalam study study
omg! sumpah aku cakap english aku ni budak tadika pon bole gelak kentang bile dengar
sains aku hancus n aku xpaham kenapa aku bole dapat A
so inilah masalahnya bila aku paksa diri untuk study

kau paham tak bila kau dipaksa buat benda yg kau tak minat?
kalau paham bagus lah sebab itulah yang aku rasa tatkala begini
aku sudah di final year dan aku rasa aku cuma main teka dengan apa yang aku study
aku pegi amek exam pun aku bergantung pada nasib & buat muka toya je depan cikgu2 yang macam nak terkam & gigit aku lumat lumat bila aku tak boleh nak jawab soalan die
ye cikgu,saye hanye hafal & tak faham ape cikgu ajar & tanya
sungguh aku rasa sangatlah gugup terketaq lutut bila pikir aku bakal keja hujung tahun neh

masa macam ni memang akan cakap :kalau lah
kalau lah mak ayah aku kaya raya aku mesti dah suruh dorg taja aku blaja pasal nak jadek artis
kalau lah mak ayah aku kaya raya akan aku suruh dorg baya balik duit JPA yg dah taja aku datang sini
kalau lah mak ayah aku kaya raya memang aku dah lama kikis duit dorg & berfoya foya
kalau lah mak ayah aku kaya raya aku memang dah dapat bf artis or tengku tengku

ok jadik kau paham tak kenapa Allah tu tak bagi aku semua tu?
sbb aku akan jadik rosak!yaaaaaa~
so aku pun menerima dengan redhalah semua ini 
bak kata ombak rindu : pasrah itu menyerah..redha itu ikhlas..
eceecececeyyyy dan dan lah aku dah berbahasa jiwa bangsa ni kan!

lawak bila aku pikir aku nak jadik doctor
kawan kawan aku kat penang dulu pun macam nak taknak je terima yang kawan dorg neh bakal jadek doctor
lawak bila orang lain macam bangga nak jadek doctor tapi bukan aku
semua ini macam tengah mimpi lawak antarabangsa
lawak yang kadang kadang buat aku tergelak ketawa 
lawak yang kadang kadang buat jerawat tumbuh macam cendawan yang tumbuh lepas hujan sebab super stress !

medic bukan satu bidang yg mudah
medic ini memerlukan otak yang hebat & kuat
kalau tak,takdelah ramai yang jadik gila  kurang siuman sebab terlalu banyak mengasah otak
harap aku tak jadik macam tulah..amin!

ahh bebel banyak banyak pun takde guna kan?
sebab aku dah nak grad pun
so layan jelah labu sayung oi

ha cakap pasal Rusia kan..
dorg neh sangat 'dingin' orangnya
susah untuk senyum & buat kawan
which is kadang2 bagus bagi aku sebab orang takkan buli
cuma orang akan menyampah jelah sebab tak dapat buli dorg neh!heh~

negara dorg best sebab ada 4 musim
tak macam negara kita takde musim cuma ada musim hujan n musim panas
hihi cakap pasal musim
tak pernah pulak aku bercita cita dapat pegang terminum main main dengan snow ni
first year aku teruja sangat lah
bila cakap mulut keluar asap asap tuuuuu
masuk second year third year bla bla bla aku rasa menyampah
sebab winter kat Rusia ni bukan main main
dah la lame 6 bulan campur tolak
sejuk sebab dah dekat sangat dengan kutub utara
paling sejuk tahun lepas bila nak dekat 2 bulan suhu suka sangat negatif 30+-
pastu kena pakai tebal tebal sampai aku rasa aku dah macam robot dah!

haih Allah je yang paham bila suhu sejuk2 neh ha
aku lah manusia paling tak tahan sejuk
lembik lah katakan..yelah kat penang tu suhu die tak boleh tak panas terik
tapi bila dah final year neh aku rasa sedih pulak sebab nanti dah takleh main snow
dah takde 4 musim neh semua
dah lain cara & gaya pulak nanti..adusss~


eh apa neh?
inilah matryoshka!! ^-^
comel bukan? 
inilah benda yang aku selalu beli bawak balik malaysia sebagai ole-ole
tapi orang tua tua tak suka sangat sbb dorg cakap tak elok letak patung kat rumah
ok~~~~~~
ini adalah lambang rusia jugak lah
takkan aku nak bawak balik snow ke pistol ke peluru berpandu roket ke pulak kan

orang rusia neh dorg pelik sikit sebab bagi orang tua dorg,dorg rasa orang perempuan yang gemuk berkati kati tu lawa
tapi memang pon..kebanyakkan dorg bila muda memang super cun
selim melim tinggi lampai tapi bila dah kahwen memang gemuk gedempol
badan yang bentuk pear macam matryoshka ni lawa bagi dorg
bagi aku tak la lawa..cuma comel ^-^

duduk Russia neh bukan senang
kena belaja bahasa dorg jugak
bahasa dorg bukan senang
dan akulah manusia paling ngek pasal bahasa neh
kalau english pun dah macam nak hantuk kepala betubi tubi kat dinding
inikan pulak Russian Languange,memang tak dapek la jang~
tapi aku survived jugak alhamdulillah
aku akan cakap & buat2 paham bila cikgu ke orang2 die cakap Ruski
aku gelak dalam hati sebab aku bukan paham pun ekceli..miahaha!

itulah yang bestnye bile cikgu marah ke bila patient cakap byk ke
sbb semua yang masuk telinga kanan akan kua telinga kiri aku yang mini neh!
best woo bila kena marah tapi tak paham
hanya tahu kena kena marah sebab nada macam nak halilintar tu

dan itulah bezanya bila kena marah kat Rusia & Malaysia
omg! aku super kecut bila pikir nanti kerja kat Malaysia
senior cakap mmg akan kena marah kaw kaw punya bila buat HO( housemanship) nanti
dah la aku paham..ditambah dengan jerit pekik..didarab pulak dimaki hamun di hadapan khalayak ramai
aku akan musnah lah!
sebab aku lah manusia yang paling manja & berjiwa sensitif macam gadis gadis!
ouh tidakkk!
eh jap..aku bukan gadis kah?
jeng jeng jeng!

dazvidaniya people!>3<


0 Responses