dR_t0ts ^o^
heee..Alhamdulillah syukur..baru baru ni i-roki telah menjadik matang akhirnya..yay! dia telah menjadi lelaki berumur 25 dan sedar akan keteringin-nan(ok abaikan bahasa aku) untuk berbini beristeri..hihi..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
sujud syukur aku seketika................................................................



dah lama aku tunggu i-roki nak bincangkan hal ni..yelah dah setahun sebulan aku dan i-roki bertunang.. aku tak berapa gemar diikat lama lama ekceli(takut basi pulak rasanya)..dan aku memang dah lama bersedia untuk berkhidmat sebagai seorang isteri mithali(bajet tak habis habis!)..bukan lah mahu berlagak dan over confident tapi aku rasa its better that way..kan?

bagi aku bila dah terbina masjid indah itu insha Allah segala jiwa akan menjadik tenang segala perkara akan menjadik senang di bawah keredhaan Dia..sebab semuanya dah halal.. sebab semua benda yang dibuat pasti  pahala ganjarannya..insha Allah..

buat air untuk suami yang tengah dahaga pun dapat pahala..buat suami tersenyum pun dah dapat pahala..buat suami kenyang pun dah dapat pahala..belum masuk kalau urut suami yang penat bekerja..belum masuk err tak payah la nak masuk bab bab lain kot(puasa oyyy!)

tapi itulah..banyak pulak benda nak kena fikir dan rancang sebelum majlis bermula..nak pilih tarikh pun susah sebab kerjaya aku nanti..belum masuk nak pilih tema apa..hidangan yang macam mana..baju nikah baju kahwin..aku kalau boleh mahu yang paling simple..paling senang..paling tak membazir..simple but memorable..weehheee!

bila i-roki dah mula ajak bincang pasal mendirikan masjid ni..minda aku ni macam dah ter-set automatically : aku dah nak jadik bini orang ni, byk kena improve..baik dari segi masa..dari segi masakan..dari segi kerajinan..err dari segi memandu(doakan aku!)

sebab aku tengok rata rata kawan kawan aku yang dah kahwin semua macam busy.. aku fikir aku nanti for sure lah akan lagik busy sebab kerjaya aku as a doctor..aku banyak intebiu membe2 yang dah stat keje.. Alhamdulilah ramai cakap sekarang houseman dah tak se-busy dulu..dulu asyik asyik nak oncall.. sekarang dah ada shift..oncall pon 2-3 kali je seminggu..tapi aku nak oncall selalu sebelum kahwin sebab aku perlukan duit..hahha!

dah kahwin nanti aku dan i-roki perlu fikir pasal rumah dan family planning.. of course lah nak menikmati zaman berdating dengan suami habis habisan dulu baru fikir pasal anak..tapi aku dah 25 weyh! next year dah 26..kalu kahwin tahun depan(amin!) paling awal nak dapat baby is 2014 which is aku dah 27..omg! melahirkan baby after 30 years old is not very good actually..see banyak benda nak kena plan n fikir kan?

actually kahwin adalah benda yang mudah..sediakan kenduri sikit untuk orang makan..selamat akad nikah dan selamat berkhidmat untuk suami demi Allah..woha!

yang sedikit mencabar is life after married..kalu dah lame keja senang sebab simpanan pun banyak.. tapi aku baru nak kerja(belom keja pon kot!)..ramai kawan cakap mcm tu..majlis buat yg simple sbb kene kumpul duit utk beli macam2 nanti lepas kahwin..aku ni pening sebab tengah fikir aku nak hidup kat mana la afte kawen..sebab nak beli rumah and all..

aku tak suka tempat yang hectic macam kl macam penang..sebab aku rasa serabut..aku suka kampung sebab tenang tapi nak duduk lama lama pun macam tak berapa best jugak..so aku vote for pekan sebab tak la hectic sgt tak la boring sangat..and kerja konfem konfem tak la sibuk sangat..

aku bercita cita nak sambung buat specialist nanti..hope impian aku ni diizinkan i-roki.. sebab bila dah jadik specialist, gaji pon mahsyukk..kerja pon takdelah penat sangat..woha!( aku seorang yang gilakan duit kan? omgoshh!)

duit penting of kos..sampai dah life dah betul betul stable barulah bole berileks banyak banyak..aku suka nak berpulun habisan now dan kumpul duit banyak2 pastu bila dah 35++ dah bole rileks dan tengok anak anak membesar..maybe aku bole benti keja dan jadik suri rumah(maka tercapai lah impian aku woha!)

arghh jauh pulak plan aku ni..dush dush dushhhh! 

aku actually tengah fikir..aku nak buat tema yang macam mana eh? ahah! kalau dah namanya pun pompuan memang macam ni lah kan?

aku minat merah..i-roki minat hijau..so aku vote for red and green..yay! sebab since dengan i-roki aku pon dah tergilakan hijau..denggggggggggggg!

kenduri sebelah aku mak ayah cakap nak buat kat dewan sebab rumah ktorang kecik..kampung pun tak luas mana.. aku suka dewan sebab senang.. cuma perlu hias dewan buat pelamin kat sana..so takdelah serabut ayam sangat rumah..yay! lepas dah setel majlis resepsi dah boleh pulang dan berhoney moon..yayy!

hurm cakap pasal honey moon nih..aku nak pegi mana pulak eh? dalam or luar negara..aku teringin nak pergi  korea..ahah! dapat pegi 4 hari 3 malam pun dah slurp dah ni..ah kalau dah honeymoon bukan nak keluar sangat kan?(ok ini bulan puasa dan jangan nak miang wahai toiek!)

ahhh bestnya fikir pasal nak kahwin..aku teruja sangat sebenarnya!!!

ps:)ya Allah permudahkan lah urusan aku dan tunangku ke jalan mendirikan masjid yang halal dan indah..amin!=)
dR_t0ts ^o^
Alhamdulillah..aku telah selamat tiba di tanah air tercinta..
sesampai di airport Penang, mak ayah amok ateh atam pakteh datang jempot lalu bawak aku melantak di tepi pantai..perhhhh aku suka makan malam di tepi pantai..lepas tu balik tidoq..konfem lena diulit mimpi..
baru 3 hari balik macam2 aku dah buat..


sabtu ni pulak insha Allah ada kenduri syukur untuk aku yg dah grad ni hehe..
busy lah sepanjang minggu ni dengan nak kemas rumah nak masak nak itu nak ini..
tapi aku tetap tak lepas dari bace buku pemberian sahabat baik..


hepi gila bila bangun tidoq pagi isnin tu mak aku bawak seplastik besa berisi barang2 yg aku beli online n hadiah2..maka nya hari hari ku tidak lah membazir begitu sahaja..weeeheee!


ps: makin lama makin bertimbun2 sayang aku kat i-roki! sabarlah wahai hati *mode: nak kawen!*
dR_t0ts ^o^
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
finally im graduating!
27th june 2012..
omg! im a doctor now!!!!=)







Alhamdulillah..
thanx a lot i-roki for giving me both of these as a birthday & grad presents..omg im touched!!
seriously terkejut gilaaa bila tiba2 kawan aku bagi ni kat aku dan ckp i-roki mintak tolong bawak ke Russia dan bagi kat aku..
xpernah sangka akan mampu dapat dua benda idaman ini
syukur syukur syukur=)

lepas exam sangat busy fikir pasal grad..lepas grad busy fikir pasal trip ke st.petersburg..lepas tu pening kepala fikir pasal packing barang
omg! 
macam2 daaaa..
now aku tengah rest sekejap after 4 hours dok packing mcm gilo!
omg! im leaving Russia for good and forever!
dan baru now aku sedar betapa belambaknya barang2 aku
omg! dah 135 pagi dan tak habis2 dok berkemas!
*pengsan*