Showing posts with label reD hOt cHiLLi. Show all posts
Showing posts with label reD hOt cHiLLi. Show all posts
dR_t0ts ^o^
Assalammualaikum & hye ^-^
ciao in italy means hye & bye. comel bukan?


ouh aku sudah pulang dari percutian musim sejukku sejak sabtu itu hari.maknanya sudah masuk hari ke 4 dan aku baru nak bukak blog aku.ah jet lag maybe.atau mungkin aku berasa tidak berapa seronok 2-3 hari ni.kenapa? final sem(alasan!)


aku ingat nak update nak upload pasal percutian indah aku bersama rakan baik rakan bilek.tapi aku rase penat pulak nak edit semua pix dalam kamera usang hijau aku tu.nantilah bila aku ada mood dan masa.ahad haritu aku dah edit 400++ pix dari dslr zahidah.penat dan berpinau mata mengadap laptop 8 jam lebih.itu belum kira nak upload semua gambar2 tu lagik.penat yang amat.


isnin aku ponteng.aku memang mcm neh.selagi aku tak setel semua benda yang biasa aku buat aku takkan buat benda yang baru.best pergi jalan.tapi bile dah habis berjalan tak best untuk kemas semua benda.nak basuh baju.nak kemas nak susun.nak reset otak balik untuk mulakan semester baru dan terakhir. alhamdulillah selesai jugak semua benda.gumbira ^-^


ahh masa aku pergi jalan.aku rasa teruja gumbira bahagia.sebab aku langsung tak pikir pasal apapa.yang aku tau aku nak melawat negara orang.dan di italy tu lebih separuh kaum adam dia kacak kacak.ouh mata aku memang hari hari dicuci.seronok sungguh aku. dan di sana akibat terlampau bahagia,aku rasa kulit aku makin lawa dan kembali pulih sebab aku hepi je.takde langsung benda stress nak pikir.


tapi bila jejak je bumi nizhniy neh,ahh kepala aku kembali beban.aku tengok meja study aku dan aku nampak bertimbun2 buku yang perlu aku sentuh sebelum peperiksaan terakhir aku.lepas tuh aku nampak laptop.nak edit gamba.dan aku nampak gambar.aduh tanggungjawab lagik.aku rasa sangat tak best.dan aku mula rasa muka aku mula ditumbuhi benda picit2 tu.adoi.tidak.


aku selalu dok usha kalendar kat hp pink aku ni.dan aku mula mengira berapa bulan lagik yang tinggal sebelum aku betul2 habis masa untuk study.aku mula cuak cuak dan gementar.sumpah aku takut.aku takut nak exam dan aku takut nak kerja.aku rasa tak layak.ahh wutever.


ok.aku tengah menulis post ni sambil membaca blog remy ishak.aku tabik hormat seketika.dia dahulu hanya seorang pencuci pinggan di kedai mamak dan lihat apa perubahan yang jadik kat dia?tahniah!


dan aku tertarik dengan satu ayat dia: berapakah harga sebuah pengalaman?
yes.terlalu mahal dan tak terhitung. pengalaman aku banyak.tapi aku dah belajar ke? aku rasa aku masih di tokok yang sama.nilai perubahan aku tetap kosong. 


aku selalu merungut itu ini.selalu tak puas hati itu ini.mahukan yang terbaik tapi aku sendiri tak berusaha ke arah itu.nak kena kurangkan tidur pon aku bising. kurang layanan pun aku bising.ohh aku begitu banyak alasan untuk berjaya.dan aku begitu banyak komplen.itu buatkan diri aku semakin teruk macam beruk.mungkin beruk pon tak teruk macam aku.aku terlalu fikirkan apa yang orang nak cakap.terlalu.sangat.amat.dan itu tidak baik.


dan di saat ini aku mula sedar dan belajar untuk pekakkan telinga,matikan hati,zipkan mulut. aku hanya perlu biarkan otakku yang berkerja.bukan hati.hati aku perlu beku. kalau aku boleh buat semua ini,kejayaan pasti akan tiba.


ya,di saat ini aku rasa begitu 'biru' sekali.
ciao.



dR_t0ts ^o^
cantik versus buruk
baik versus jahat
dulu versus sekarang
muda versus tua
sempurna versus cacat
hitam versus putih
siang versus malam


macam macam bolih jadik bila cakap pasal versus,kan?^-^
inilah benda yang aku nak cakap kat sini hari ni.versus. aku versus aku.
aku versus aku yang dulu versus sekarang. perbezaan yang aku rasa aku mula sedar sejak aku kenal i-roki. mungkin hati aku lebih tenang dan bahagia.

jika di pikir pikir akulah manusia paling teruk kat sini.banyak hal dan kes yang jadik. dan kalau tnya aku yang dlu mesti aku akan jawab: ahhh dia tu yang salah dia tu yang buat dulu dia tu yang tu dia tu ini bla bla bla.

selalu salahkan orang tapi tak pernah nampak salah aku sendiri. yep itulah aku dulu. selalu nak lari dari masalah dan salahkan orang lain. mungkin masa tu aku terlalu ikut darah muda.perhhh ayat aku memang makin gamptutttttt >_<

tapi betul.itulah salah aku.patot dari dulu kalau ada masalah,aku patot hadapi & terima salah diri jugak. ahh dah nama pon bergaduh of course it takes two to tango bro! 

sekarang aku dah sedar kalau ada masalah kalau bergaduh kalau tak puas hati pasti bersebab dan ianya melibatkan dua pelah pihak.tak kisah dengan kawan,tunang,suami,boifren,gepren. mana mungkin satu benda jadik sebab sebelah pihak ye idak? ya itulah biji benih pergaduhan bercambah.

lawak bila pikir balik pasal benda benda dulu. aku lah manusia yang selalu nak mengikut hati perasaan yang ntah apepe ni ha. ouh mai.kalu bole di hitung salah silap aku tu macam bijik kacang hijau,memang aku boleh membentuk sebijik bus express.memang banyak gila. dan aku patot bersyukur aku masih punya kawan kawan dan tunang. 

maknanya di situ Allah tu nak bagi aku peluang untuk betolkan salah silap aku. so kalau sekarang aku buat baik tapi dibalas tahi,aku terima seredhanya sebab aku rasa itu semua balasan dan itu lah perasaan orang yang pernah terkena salah silap aku dulu.sakit takpe asalkan berbaloi. yup hidup ini memang karma: wut goes around comes around. aku percaya itu.

semua benda bermula dari hati.betul kan? kalau hati kau dari awal2 dah busuk memang buat apepon takkan pernah ikhlas dan wangi. so untuk bermula berhijrah berubah ke era baru first thing of all adelah hati. 

macam mana nak bersihkan hati? aku rasa bermula dengan hubungan kau dengan Yang DiAtas Sana. kau bersihkan dulu hati nurani kau dan lepas rasa macam tenang dan sedikit kekuatan,berubah.  cuba cuba dan cuba. the starting part is always the hardest one but u can overcome it,then all is yours(=

aku tengah cuba dan belajar. plus umur dah macam mak budak ni aku rasa macam geli bila nak berperangai macam anak anak. ya aku lah manusia yang perlu banyak fikir pasal 'versus' tuh. 

sebab tuh aku cakap bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah dari jalanan ke sujud menghadap Tuhan. 

aku harap aku masih belum terlambat untuk berubah dan mengubah aku versus aku sebelum aku grad.amin. sebab lepas dah grad aku dah ada dunia baru.dan aku tau aku perlu mula sekali lagi.

yapp,itulah azam tahun baru aku sempena aku dah hidup sesuku abad =)

manusia yang aku sayang di sini.
dari mereka bermula lah aku versus aku.


dR_t0ts ^o^
mini c0oper!
yeahh ini impian aku sejak aku sekolah menengah
haha! aku tengok cite hape tah pastu nampak kereta mini neh dan terus jadek meroyan!
and lucky me sebab i-roki juga berminat


ekceli impian i-roki adelah subaru
tapi aku rase bile die tengok aku terkinja kinja nak jugak keta mini neh lalu dia pun layan jelah aku hahaha aku menang lagik yeshhh beybeyh!>.<


kereta mini impian aku & i-roki neh perlu dilaksanakan jugak
sebab kalau tak dapat keta mini neh kami takmo kawen lagik
hahahahaha! 
menyampah nya lah ayat aku tu kan?


tapi bila aku tenung balik keta mini neh
tenung keta mini eh bukan mamat panas meletup dalam tu
cuba kau tengok keta mini ni?
comel sungguh!
macam i-roki aku tu


aku tenung lagik
okeh!
keputusan muktamad
i-roki, kita kena dapat ini satu sebelom kita kahwen
bia takde hantaran lain janji dapat ini
inilah impian aku setelah 25 tahun aku hidup tak pernah ade impian dahsyat dahsyat macam neh!
okeh impian aku paling dahsyat adelah aku nak kawen dengan awal ashaari!
panggggggg! ya i-roki telah penampo muka aku sebab gatai sangat!


jadik untuk tanak dapat penampo free dari i-roki baik aku pasang impian lain
iaitu memiliki kerete mini ini sebelum aku dah tak anak dara hahaha!


pon pon pon pon pon pon!
kereta kecilku berbunyi
kereta kecik warna merah 
boleh di bawak ke tempat kerja!


ps: aku dah mula terbayang dan berangan bila aku pegi keja dengan naik keta mini neh..heh heh heh..sure aku akan nampak macho gila beb!
so ini lah mesti!