Showing posts with label raiNbow. Show all posts
Showing posts with label raiNbow. Show all posts
dR_t0ts ^o^
heee..Alhamdulillah syukur..baru baru ni i-roki telah menjadik matang akhirnya..yay! dia telah menjadi lelaki berumur 25 dan sedar akan keteringin-nan(ok abaikan bahasa aku) untuk berbini beristeri..hihi..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
sujud syukur aku seketika................................................................



dah lama aku tunggu i-roki nak bincangkan hal ni..yelah dah setahun sebulan aku dan i-roki bertunang.. aku tak berapa gemar diikat lama lama ekceli(takut basi pulak rasanya)..dan aku memang dah lama bersedia untuk berkhidmat sebagai seorang isteri mithali(bajet tak habis habis!)..bukan lah mahu berlagak dan over confident tapi aku rasa its better that way..kan?

bagi aku bila dah terbina masjid indah itu insha Allah segala jiwa akan menjadik tenang segala perkara akan menjadik senang di bawah keredhaan Dia..sebab semuanya dah halal.. sebab semua benda yang dibuat pasti  pahala ganjarannya..insha Allah..

buat air untuk suami yang tengah dahaga pun dapat pahala..buat suami tersenyum pun dah dapat pahala..buat suami kenyang pun dah dapat pahala..belum masuk kalau urut suami yang penat bekerja..belum masuk err tak payah la nak masuk bab bab lain kot(puasa oyyy!)

tapi itulah..banyak pulak benda nak kena fikir dan rancang sebelum majlis bermula..nak pilih tarikh pun susah sebab kerjaya aku nanti..belum masuk nak pilih tema apa..hidangan yang macam mana..baju nikah baju kahwin..aku kalau boleh mahu yang paling simple..paling senang..paling tak membazir..simple but memorable..weehheee!

bila i-roki dah mula ajak bincang pasal mendirikan masjid ni..minda aku ni macam dah ter-set automatically : aku dah nak jadik bini orang ni, byk kena improve..baik dari segi masa..dari segi masakan..dari segi kerajinan..err dari segi memandu(doakan aku!)

sebab aku tengok rata rata kawan kawan aku yang dah kahwin semua macam busy.. aku fikir aku nanti for sure lah akan lagik busy sebab kerjaya aku as a doctor..aku banyak intebiu membe2 yang dah stat keje.. Alhamdulilah ramai cakap sekarang houseman dah tak se-busy dulu..dulu asyik asyik nak oncall.. sekarang dah ada shift..oncall pon 2-3 kali je seminggu..tapi aku nak oncall selalu sebelum kahwin sebab aku perlukan duit..hahha!

dah kahwin nanti aku dan i-roki perlu fikir pasal rumah dan family planning.. of course lah nak menikmati zaman berdating dengan suami habis habisan dulu baru fikir pasal anak..tapi aku dah 25 weyh! next year dah 26..kalu kahwin tahun depan(amin!) paling awal nak dapat baby is 2014 which is aku dah 27..omg! melahirkan baby after 30 years old is not very good actually..see banyak benda nak kena plan n fikir kan?

actually kahwin adalah benda yang mudah..sediakan kenduri sikit untuk orang makan..selamat akad nikah dan selamat berkhidmat untuk suami demi Allah..woha!

yang sedikit mencabar is life after married..kalu dah lame keja senang sebab simpanan pun banyak.. tapi aku baru nak kerja(belom keja pon kot!)..ramai kawan cakap mcm tu..majlis buat yg simple sbb kene kumpul duit utk beli macam2 nanti lepas kahwin..aku ni pening sebab tengah fikir aku nak hidup kat mana la afte kawen..sebab nak beli rumah and all..

aku tak suka tempat yang hectic macam kl macam penang..sebab aku rasa serabut..aku suka kampung sebab tenang tapi nak duduk lama lama pun macam tak berapa best jugak..so aku vote for pekan sebab tak la hectic sgt tak la boring sangat..and kerja konfem konfem tak la sibuk sangat..

aku bercita cita nak sambung buat specialist nanti..hope impian aku ni diizinkan i-roki.. sebab bila dah jadik specialist, gaji pon mahsyukk..kerja pon takdelah penat sangat..woha!( aku seorang yang gilakan duit kan? omgoshh!)

duit penting of kos..sampai dah life dah betul betul stable barulah bole berileks banyak banyak..aku suka nak berpulun habisan now dan kumpul duit banyak2 pastu bila dah 35++ dah bole rileks dan tengok anak anak membesar..maybe aku bole benti keja dan jadik suri rumah(maka tercapai lah impian aku woha!)

arghh jauh pulak plan aku ni..dush dush dushhhh! 

aku actually tengah fikir..aku nak buat tema yang macam mana eh? ahah! kalau dah namanya pun pompuan memang macam ni lah kan?

aku minat merah..i-roki minat hijau..so aku vote for red and green..yay! sebab since dengan i-roki aku pon dah tergilakan hijau..denggggggggggggg!

kenduri sebelah aku mak ayah cakap nak buat kat dewan sebab rumah ktorang kecik..kampung pun tak luas mana.. aku suka dewan sebab senang.. cuma perlu hias dewan buat pelamin kat sana..so takdelah serabut ayam sangat rumah..yay! lepas dah setel majlis resepsi dah boleh pulang dan berhoney moon..yayy!

hurm cakap pasal honey moon nih..aku nak pegi mana pulak eh? dalam or luar negara..aku teringin nak pergi  korea..ahah! dapat pegi 4 hari 3 malam pun dah slurp dah ni..ah kalau dah honeymoon bukan nak keluar sangat kan?(ok ini bulan puasa dan jangan nak miang wahai toiek!)

ahhh bestnya fikir pasal nak kahwin..aku teruja sangat sebenarnya!!!

ps:)ya Allah permudahkan lah urusan aku dan tunangku ke jalan mendirikan masjid yang halal dan indah..amin!=)
dR_t0ts ^o^
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
finally im graduating!
27th june 2012..
omg! im a doctor now!!!!=)







Alhamdulillah..
thanx a lot i-roki for giving me both of these as a birthday & grad presents..omg im touched!!
seriously terkejut gilaaa bila tiba2 kawan aku bagi ni kat aku dan ckp i-roki mintak tolong bawak ke Russia dan bagi kat aku..
xpernah sangka akan mampu dapat dua benda idaman ini
syukur syukur syukur=)

lepas exam sangat busy fikir pasal grad..lepas grad busy fikir pasal trip ke st.petersburg..lepas tu pening kepala fikir pasal packing barang
omg! 
macam2 daaaa..
now aku tengah rest sekejap after 4 hours dok packing mcm gilo!
omg! im leaving Russia for good and forever!
dan baru now aku sedar betapa belambaknya barang2 aku
omg! dah 135 pagi dan tak habis2 dok berkemas!
*pengsan*
dR_t0ts ^o^
sarang = cinta = love = ai .
hati aku sekarang penuh dengan cinta
jiwa aku sekarang melimpah dengan sayang
akal aku sekarang bertimbun dengan kasih
hidup aku sekarang padat dengan bahagia.
Alhamdulillah=)

semua orang mesti ada benda yang boleh buat kita rasa hepi.kita rasa nak senyum aje. kita rasa lengkap.rasa sempurna.kan?


aku pon ada.ahaha! aku pon ada benda benda yang secara otomatik akan buat aku senyum. buat pipi aku rasa panas dan merah sebab suka sangat. buat aku rasa gembira. 


1) bila i-roki panggil aku sayang.hahaha!
2) bila dapat dinner sama2 dengan i-roki
3) bila dapat dengar i-roki berdengkur (ikut skype eh!)
4) bila pagi pagi bangun da ade wuts app from i-roki
5) bila i-roki senyum dan ketawa besar.aku rasa bahagia kot!


6)bila aku dapat makan kinder bueno(cokelat paling fevret!)
7) bila aku dapat bunga matahari yang betul ( bunga paling suka!)
8) bila dengar bunyi hujan dan guruh ( bunyi paling best!)
9) bila dengar lagu lagu cinta aku n i-roki (aura gedik terus menular!)
10) bila dapat makan char koteow penang yang bes tu


11) bila dapat makan satay dengan i-roki
12) bila dapat makan benda bergoreng cth:udang goreng,nugget,ayam goreng( memang paling sukaaa!)
13) bila senyum dan dapat balasan senyuman balik=)
14) bila dapat gelak kuat kuat
15) bila dengar lawak bodoh yang memang meyampahhh(tapi best dan terkekeh kekeh!)


16) bila ada orang belanja makan bubble tea/ice cream ade cokelat chipss!
17) bila ada orang cakap aku lawa!(semua orang pun suka kot!)
18) bila tengok series korea/ english/japan/spanish/mexican yang schwett yang sampai rase nak terbang tuu
19) bila ada main drum/guitar sambil nyanyi special untuk aku(bangga kot!)
20) bila ada orang usap kepala dan cuit pipi chubby aku(rasa comel ahhah!)


21) bila aku masak dan dapat pujian(sbb aku jarang masak hahaha!)
22) bila dapat baca komik kegemaran
23) bila dapat jalan petang petang sambil berpegangan tangan(pilu jugak aku kan?:p)
24) bila dapat main permainan ganas ganas macam kat genting tu ke
25) bila mak dan ayah cakap dorg sayanggg kat aku ( paling sangat bahagia dan bangga!)


okeh..since tahun ni umur aku bakal masuk 25 tahun..maka aku senaraikan lah 25 benda yang bole buat aku bahagia. haa sekarang tahu kenapa aku rasa bahagia?>'<


sejak aku dah mula matang 4-5 hari lepas,aku dapat rasa yang cinta itu akan sempurna bila kita jumpa orang yang bole sempurnakan kekurangan kita. cinta itu saling melengkapi. cinta itu perkongsian cinta itu tolak ansur. cinta itu sabar. cinta itu sekepala!


memang lah aku rasa hidup aku memang hidup sekarang. syukur syukur syukur ya Allah.
lame gak la nak amik mase nak lupa benda2 lama tapi takpe.. kalu kita tak pernah sakit manakan rasa madu bahagia tu kan? kalau kita tak pernah sakit mana kita akan belajar asam garam hidup kan?


experience is power! woohhoooo(~,~)


pss:i roki itu oksigen!

dR_t0ts ^o^
 aloooohaaaa :)
my last may in Russia was superb!
start2 je bulan may dah ade activity yg syiok : the family day
kite buat bbq..kita main games yang comel comel..kita bergambar..kita bergumbira..
dan semua orang pulang dengan hadiah mangkok dan hamper..ihi..
 ini kami kumpulan veteran 6th year yang mmg terkenal dengan kegilaan bergambar
muke budak2 tue lepas kekenyang..sengih sampei telingaaaa kot!
dan ini semua yang terlibat that day..
seryes ly aku akan merindui adik adik nizhniy yg ohsem!
 minggu depannye pulak dapat cuti 5 ari..hah! memang batch aku ni dasar tak sedar diri yang kami ade finals in a month time..so kita decide nak pegi tengok sarkas!
memang tak rugi aku pegi n baya 70 hengget utk tgk sarkas 'laser in water' neh..superb weyh!
 depan dewan sarkas dengan budak Russian yang sporting!^-^
 aku yang terpaksa pakai specs hitam sebab aku dilanda ketumbit! ouh my! aku rasa sebab dok skodeng mcgarret hari hari sampei ketumbit mata kirikuuuuuu~


 lepas penat tengok sarkas for 2 hours,perut pon krot kret krot kret..lapaq woi!
jadik kami decide utk pegi mentekedaghah kat tiueteka..
restoran tan tan yang sedap! aku suka sebab lawa..aku suka sebab dpt mkn ayam halai..haha!
 akibat tamak dan malu bertanya..kami telah merugikan duit 50 hengget untuk manisan turkey neh...aigoooo..
 this is my feveret there! 3 kali aku g makan kat situ..tiga tiga kali aku order kebab ayam berintikan cheese yang super slurpp neh! chicken apriz name die..hihi..
 minggu pakistan pulak menjelma..nakba nakba nakba
so juniors pon plan satu games untuk mewujudkan semgt berani berjuang : PAINTBALL!
okeh ini my first time to play this game
my comment : awesome! mmg best ok main peng peng peng neh!!

 ini lah teammate aku : the red army!
diketuai oleh ejoe dan planner si ari..perhhhh tgk lah kami dengan baju askar tu..da mcm nk bperang betoi betoi dah oi!
 gambar solo adalah wajib ye anak nak! aku nampak mcm pahlawan kan? tengkiu~
 sementara tunggu pakcik van datang kutip, setelah penat berpeng peng peng dan lelah digigit nyamuk yg tibe tibe menggile tahun ni,bergmbar lah kan..ape laie!:p
 baru setgh bulan berlalu & there are tons of memories i enjoyed..sumpah aku dah mula rasa blues nak grad..seryesly zaman student adalah zaman paling best kot! suma org ckp mcm tu..bes sbb budak2 kat sini da mcm family..


finals aku mula 28 may 2012
aku baru merangkak rangkak nak study..
hope i can finish all da materials before my exam date..


doakan aku dapat jadik seorang doctor yang ohsem..amin!:p


with love from NiNo^-^
dR_t0ts ^o^
woot woottttt!!^-^
ouh Allah..terima kaseh atas rezeki ini..
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillahhhh..


hanya itu mampu aku cakap untuk hari ini..
aku tersangat happy sebab hari ini aku dapat lappie baru after 7 years oi!
7 tahun aku hidup dengan lappie lapok aku ni..
& today ayah bagi duit untuk ganti lappie lame tu
maka dapat lah aku boifren baru aku si mat puteh vaio!


aku tak sabar nak godek godek lappie baru aku sepanjang cuti 5 hari aku nanti..haha!
ouh ayah..akak akan study rajin rajin demi membalas jasa ayah belikan akak lappie baru..insha Allah i will try my very best to perform during my finals nanti..aja aja fighting!>"<


asalnya hari ini aku hanya mahu bawak daus teman dan usha lappie yang aku tergilakan sudah 4 hari ini..nak mintak review dia..yelah i-roki jauh di benua asia tu..maka aku mintaklah pertolongan pakar it nizhniy si daus yang best!


sampai aje tempat tu..daus dok bagi review positive lebih dari review negative..mcm2 dia cakap sampai aku terus text ayah dan ayah cakap ok beli! i-roki pon setuju..so ape lagik..inilah masanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..


habis aje lecture internal med..aku daus dan ezwan zapppp terus ke kedai lappie tu dan beli! sumpah aku rasa lega gila dan puas..syukur alhamdulillah=)


even sampai sekarang pon aku maseh tak percaya yang aku dah ada lappie baru
maybe sebab dah lame gile xbeli lptp itu yg jadik mcm ni..weeee..


kenapa putih? sebab aku rasa warna putih nampak elegan...kan?


okeh..sudah pasal si puteh <3 aku ni..
masa untuk melayan steve mcgarrett yang super ohsem dalam hawaii 5-o tuuu..
dan besok aku akan mula study sampai lebam! hoyehhhhh..


terima kaseh ayah!


ps: jangan seronok sangat,syaitan senang masuk line..hihi..
pss: mungkin aku perlu honeymoon ke hawaii..awwwwww~
dR_t0ts ^o^
cak!=)
nampak ade tak ciri ciri nak jadik seorang doctor aku ni?


takde ape nak cakap sangat pon haha!
cuma mahu kata:

aku semakin malas..uwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

aku semakin terbawa dengan drama hidup..tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

aku semakin lost tract study aku..nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

aku semakin basi..choihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

tet tet..tet tet..
tiba tiba aku dapat wuts app from shalu..katanya : toiek,harini aku malas..jom la tido..esok kita jadik rajin & dont lost tract anymore..ahh chinchah! hi-5!

yes..itu diaa..
mungkin kami terlalu rapat sampai bila aku malas dia pun turut malas..
i heart you,shalu!mwacks~

1145 malam! syaitttt..ini tabule jadik..
aku perlu beradu now!

ps: semoga besok akan lebih baik dari hari ini..amin!=)



dR_t0ts ^o^
 hattttsyeeeeeeeeeemmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm! aigoo chinchah~
masuk arini dah 3 hari aku mengalami viral fever..
uhukhuk..tak best bile sesema..tak best bile kepala terasa berat amat..oh oh badan cepatlah dikau sembuh..
tapi tapi tapi..jangan merungut bila sakit..sakit itu kafarah dosa..apa itu kafarah dosa? haa aku pon xberapa arif sangat pasal neh..tp orang ckp bole hapuskan dosa kecil..so bila sakit kita bole ckp alhamdulillah=)


okeh..mari mulakan!
tamar hind atau tamarind atau asam jawa..for sure korang penah dengar kan?
penah tau x kegunaan asam jawa selain dari untuk memasak?


nak tau?
klik sini untuk tahu pasal asam jawa ^

dah klik & baca pasal asam jawa? baca sebab kalau tak korang xtau rahsia asam jawa!:p


aku ada petua untuk orang2 yang sakit demam panas& pening kapla
ini petua family aku la sebab aku la manusia yang selalu sakit kepala n panas kepala..
asal demam je of kos kepala aku yang panas gile..
mak aku ckp sbb bdn aku jenis yang banyak angin sebab tu senang sakit kepala..


ade sekali tu aku demam panas pastu dah dkt 4 hari x ok lagi,so mak aku ckp meh nak bagi mandi dengan air asam jawa.. aku mula2 mcm rasa eh mak aku neh betol ke?


die suruh aku dok dalam toilet..pastu die lumurkan air asam jawa n ketuk2 kepala aku pelan2..pastu die ckp haa tengok tu kan da kuaq wap panaih from kepala akak neh.. haih panaih sgt neh..


aku mcm..ouh ok..betoi ka mak aku ni? 
tapi mmg betoi kot..sbb lepas mandi tu aku rasa kepala aku da ringan sket..n esoknya demam aku terus kebah..haaa mmg baguih kan asam jawa neh?


so itulah petua nya..bile korang demam panas or pening kepala..
try la amek asam jawa..rendam dalam air mcm biase..pastu korang lumurkan air asam jawa tu kat kepala korang..make sure kena kulit kepala tau..pastu korang ketuk ketuk sikit kepala tu..pastu balut kepala dengan towel kecik tu..10 minit pastu baru korang cuci kepala dengan air biasa..


lepas tu..korang bole minum air asam jawa..woh hoo..bukan air asam jawa bekas sapu kat kepala tu ea..air asam jawa baru..ha insha Allah berkesan lah!=)


ha kalau nak badan langsing pon bole jugak minum air asam jawa..tapi jgn la selalu..ingat benda masam2 neh tak bagus untuk otak..


n kalau sakit tekak pastu suare serak serak pon bole minum jugak..


aku rasa asam jawa neh mmg superb lah!heeeeee..


selamat mencuba ^-^


ps: antara batuk & sesema mana lagik horror? aku rasa batuk sebab sakit gila dada..uhuk~
dR_t0ts ^o^
d0bri utra aka selamat pagi! ^-^
ouh hari ini hati aku rasa berbunga bunga mahu senyum selebar lebar alam dan terbang ke awan biru.ok aku tengah dikerumuni awan awan cinta..haha!


life is perfect when u know how to appreciate it every moment rite?
ditemani secawan coffee buatan aku sendiri(aku dah pandai bancuh sendiri bro!)
dirindui oleh sang pencinta setia
dilentokkan dengan hotfm dan lagu lagu kegemaran
disogokkan dengan hati yang riang gembira


ouh aku terjumpa ini di muka buku:)
15 ways to make relationship working well 


1) love each other
2) dont lie
3) keep communication open
4) stay with
5) when u got hurt, just forgive & forget
6) never talk about break-ups
7) never say 'its ok' if it is not.
8) forget about pride
9) dont talk about your stupid dumb-ass ex
10) dont compare your past to your present.
11) give & take process
12) be aware of his/her feeling
13) when u had a fight,dont let the day past without being fine
14) if u say sorry,mean it
15) dont be the perfect one,be the right one.


its so true but since i love no.17 so i want to make it 17 ways to make relationship working:)
16) love each other because of Allah 
17) have a responsibility


aku dan i-roki pada pendapat aku kita ada hubungan yang sehat
syukur Allah temukan aku dan i-roki
kita selalu bertelagah tapi alhamdulillah kita tahu how to handle(even aku akan jerit dan nangis macam gila,as usual bluwek)
tapi dia yang cool dan memahami telah berjaya ubah aku sikit demi sikit
yep sikit sikit lama lama jadik bukit
bila kita hepi,kita bole cakap everything
tak ade yang tipu tak ade yang curang
kita sama sama pegang pada satu prinsip : yang buat sesuatu yang tak baik jangan tipu takut nanti pasangan kita buat jugak tipu jugak dan kita tak tahu lalu terluka.
dengan i-roki,aku rasa bahagia.
syukur Allah sekali lagik,semoga jodoh ini hingga ke syurga.amin ^-^


ps: jangan bercinta jika kau tiada niat untuk menikahinya,berdosa(kata seorang ustaz azhar idrus)


pss: aku dalam proses mengumpul duit dan berjimat untuk ke arah halal itu(=
the best feeling ever is when i can bully i-roki..haha!
dR_t0ts ^o^
piat?
ape tu? lepat? piat telinga?
piat tu dalam bahasa Rusia..dalam bahasa Melayu piat itu adalah lima


kenapa lima?
hahaha sebab tahun 2012 nih aku dah dua puluh lima!
ok toiek gila..
toksah mengarut
baik kau kembali ke pangkal jalan eh!
panggggg *sekali lagik i-roki penampo aku*
cis!


lima di sini adelah hostel lima
4 tahun aku hidup di hostel lima bukan di kaki lima heh!
masa second sem first year dulu aku telah berhijrah ke hostel lima
penghijrahan yang aku rasa berbaloi sebab macam macam daaa
dan kalu aku tak berhijrah mungkin aku bukan aku sekarang
hahahhahahhahha!


ok ini adalah post terakhir aku untuk hari ini ye anak anak
memang hari ni aku dah set kepala otak aku nak tulis blog blog banyak banyak sebab lepas neh aku dah busy..aku nak kena pegi shooting sana sini..busy sungguh jadik diva neh!


ok loser baik kau diam!*aku cakap dalam hati untuk diri aku*
aku takde lah nak merapik apa pon
just sebab mereka inilah aku telah berubah menjadik aku yang aku ni
kalau tak hidup aku macam terumbang ambing
biasa lah culture shock datang negara orang puteh neh
dan di sebabkan mereka inilah aku rasa hidup aku bermakna 4 tahun aku di hostel lima ^-^


syukur Allah bagi kesempatan untuk aku dapat kawan baik macam ni kat Rusia ni
cuma bila aku dah tahun lima aku pindah & meninggalkan mereka di hostel lima
ya semua berkenaan dengan lima
mintak mintak lah aku dapat lima untuk semua papers final aku nanti..amin..haha!


eh sape dorg yang dah tolong aku berhijrah tu?
jum aku kenalkan kat korang sape yang ada masa aku berhijrah dulu ^-^


 haha aku nak jugak interframe muka aku masa aku tahun empat
masa neh aku bajet bibir aku ala ala angelina jolie
bluwekk muntahhh sekarang!

 ini kak ryna
yah kami dua punya 2 rahsia yang besar
hanya aku yang tahu macam mana dia dulu
dan hanya dia yang tahu macam mana aku dlu
Alhamdulillah sekarang hidup kami dah ok
tau tak aku bangga dpt kak ryna neh as kawan baik
dia lawa dia kaya dia baik dia rajin dia pandai masak
pakej yang lengkap kan?
untung abg azri dapat dia as a wife=)


 ini feel..
dia neh nampak garang tapi bila dah kenal dia bukan garang tapi bajet macho!
hahaha




 ini ayam!
omg memang sesuai sangat lah nama tu bagi dia
mulut dia pun macam ayam
tengok lah muka dia tu pun dah macam ayam dah aku tengok
hiii ini junior aku yang aku kira macam adik sendiri dah=)
dengan dia sama jugak macam kak ryna kami bole share semua benda
ya pix ni paling aku sayang sebab aku susah nak dapat amik pix dengan ayam neh!
sabau ajeleee


kak ryna & feel yang best
mereka dah grad dan tinggalkan aku kat sini dengan 1001 kenangan manis dan pahit
aku taktau lah kalau dorg ade bace post ni sebab dorg dah jadik dokter pun
kalau dorg ade bace
aku mahu cakap dua benda
terima kasih banyak banyak jasa korang tak terbalas
aku sayang korang ketat ketat takmau lepas!^-^

yep! 
inilah orang nya yang banyak tolong aku masa aku susah masa aku senang masa aku jatuh masa aku kat atas masa aku kat bawah
kita semua ni susah senang sama sama
bukan lah maksod aku takde orang lain yang dah tolong aku
tapi bagi aku mereka ini banyak berjasa
jasa yang super besa dan tak tau lah aku mampu balas atau tidak
plus aku dah pandai masak pun sebab dorg ni jugak lah yabedabeduuuuuuuu

cuma di saat saat akhir dorg di Rusia aku telah bhijrah ke hostel pertama
dan aku tak berapa berminat dengan pertama
cinta pertama tahun pertama adalah benda tak best

aku harap hubungan kami akan kekal abadi sampai mati sampai syurga!^-^

ps: aku upload pix kat tempat yang same je sebab aku amat malas nak edit pix kat tempat lain so korang layan ajelah eh!
pss: ari ni je aku da buat 5 post! ya aku rasa aku da mereng sawan biol tahniah!
dR_t0ts ^o^
"kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
kau hantar pesanan suruh aku terima kamu
w0o 0o 0oo benarkah rasa itu~~"


baahaahaha!
ya rasa itu memang super benar!
itulah hubungan permulaan aku bersama incik tunang hanya mahu dikenali sebagai i-roki!
kenape i-r0ki?
i sebab die dah berjaye dapat talipon tangan impian die : i ph0ne..booo!
r0ki sebab dia kata dia c0mel dan ganas ganas manja
ok wutever i-roki! panggg~


aku dah bertunang!
yeyeahhhhhh! itulah kenyataan poyo aku
aku sudah jadik tunangan orang woi!
tolong lah penyepak muka aku sebab aku rasa macam sedang main kawen kawen takpun main masak masak sebagai macam bukak mata tutup mata aku masih tak percaya!


aku kenai i -roki ikut muka buku je
muka buku neh kadang kadang berguna kadang kadang tak guna
sebab aku putus cinta pertama ikut muka buku aka tak guna cis!
tapi aku kenai cinta terakhit ikut muka buku jugak hoyehyeh beybeyh!


ramai suka appr0ach lalu bertanya
wh0aa kak erna weyh t0iek weyh erna  woi mcna h0i tepung(ya aku punya banyak gelaran yang tak membantu aku untuk jadik artis glamer suatu hari nanti)
ok dorg tanye: macam mana aku kenai i-roki?
aku pun seperti biasalah
akan menjawab terjahan2 wartawan yang bertubi tubi sambil tertunduk malu dan tersipu malu
"ouh aku kenai dia ikut muka buku..hihikhikhik.."
lalu aku termuntah dalam hati sebab aku rasa aku dah berjaya jadik gedik yang geli tu!


ya dunia! ketahuilah bahawasanya
aku erna nadia anak noordin berkenalan dengan incik tunang i-roki ku di muka buku
paskan ye..
kami tak pernah kenal pun before neh haha!


macam mana kami kenai ni?
jeng jeng jeng!!!*drum bertalu talu*


of course la i-roki yang gedik tu tegur aku dulu
aku masa tu tengah tingtong sebab menonggeng putus cinta lah katakan
i-roki pun nak jugak la tonggeng2 putus cinta neh
dia pun dok search la kat muka buku tu mana la aweks cun yang aku nak ayat neh
so dia nampak lah muka buku aku yang of kos aku letak pix yang paling comel
yelah aku tengah kesunyian pastilah takmau saham aku merudum
dan i-roki pun tertipu dengan gambar profile aku tu
lalu dia pun menegur aku kat mukabuku dengan menghantar pesanan : salam


aku masa tu malas nak layan sebab bila aku bukak page i-roki aku ingat budak skolah rendah mana lah yang nak kenal aku ni?
sebab muka dia memang macam budak skolah lepas sunat
comel betol  bajet comel!miahahhahaha~


lalu dari satu pesanan sehari dia pun tambah  add lah aku
kat sana lah dia dapat no tepon rusia & malaysia aku
dan i-roki yang bagai dapat kuasa sakti telah membuat 'panggilan rindu' akak miss-call aku
aku masa tu pastilah terloncat suka
ada orang nak mengorat weyh! aku bangga 2 minit pastu aku bajet lah rilek2 je
so dari situ kami jadik kawan..kawan baik..err aku rasa lebih dari kawan sebab dia macam tak boleh tak ade aku sehari
dan aku pun tak boleh kalau tak ym dengan i-roki
kenal punya kenal kawan punya kawan aku rasa kami banyak persamaan sebab dengan i-roki aku boleh cite everyting
takde sorok sorok punye lah sebab aku rasa sangat senang
dia pun aku rasa macam tu


first time kami jumpa mata ke mata adelah pada 
13/07/2010
patot aku jumpa dia 12/07/2010 pada jam 1130 malam di klia
tapi aku super cuak sebab muka aku memang horror gila masa tu
yelah perjalanan balek dari Rusia ke Msia akan mengambik masa 2 hari
sebab wajib transit..
jauh bebeno lah pulak JPA hantaq aku blajaq neh oi!
so aku tak mandilah
sampai klia baru aku mandi sebab aku nak gi first date oi!


so masa aku jumpa i-roki tu kami masing masing malu malu kucing miang tu
dia nak bawak aku balek penang
yeay jimat duit flight aku haha!
masa dalam keta nak balek penang tu i-roki yang pemalu ni mmg malu lah
dia diam diam pastu senyum
penyegan sungguh!
aku ni memang tak boleh diam diam neh..aku rasa macam nak sawan je bila sunyi sepi neh
so as usual aku lah yang dok potpet potpet macam mak joyah sport tu ha
hai sabo jelah aku ni malu jugak mase tu tapi aku kontrol hensem la kan


so sampai penang i -roki jadik menggelabah mat amin sebab dia kena jumpa parents aku
haha hamek hang i-roki!
tapi i-roki memang best sebab dia nampak bertanggungjawab
so lepas dah 3 hari i-roki kat penang,aku & dia makin rapat
Alhamdulillah ^.^


tapi kami tak bercinta lagik
haa..dia 0fficially ajak aku jadek awek dia pada 
28/07/2010
sebab first dia tegur aku kat mukabuku tu adalah pada
28/03/2010


schweet sangat waktu neh sebab aku terkejut beruk gila masa tu
masa tu aku pegi tolong bff aku buat keje sikit
pastu tiba tiba bff aku ni cakap nak ajak aku teman die pegi jumpe kawan die
so aku pun ikut lah
tibe tibe bff aku ni cakap yang kawan die tu nak ajak g kfc,queensbay jumpa sana
aku pun ikut ajelah mak kiah oi
so aku pun order la makanan fevret aku aku kat kfc tu
dah order dan aku pun duduk lah tunggu mana lah kawan bff aku ni


tiba tiba
jeng jeng jeng *kompang bertalu talu*
i-roki muncuk dengan sebijik cake kat tangan
aku rasa muka aku macam dah takdak darah merah masa tu
memang aku dah jadik mahsuri yang berdarah putih tu
ayam berak kapoq ok!


yelah i-roki tu orang teluk intan,perak darul ridzuan
aku ni duduk kat pulau pinang pulau mutiara
hoi dia ingat macam 30 minit perjalanan ke nak main cak cak macam neh
memang super excited lah aku mase tu kan


kat atas cake tu ade tulis : 'sudi tak awak jadek awek saye?'
ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
aku kalau takde adab sopan dan nilai murni memang aku dah terkam i-roki kot!
tapi aku still bajet macho
aku senyum sampai kejang kejang dah bibiaq sexy aku ni ha
masa tu mmg aku tak pedulik dah la bff aku tu
haha sory babe aku terlalu excited!
so pas bff aku blah kami pun jalan jalan kat lua queensbay tu
amik angin laut n angin malam
and bila dia cakap hari tu 28 haribulan baru aku paham
heee dan pade malam tu lah kami dah officially bercintan cintun!haha!


hepi sebab aku rasa Allah dah bagi lelaki yang betol boleh jaga aku
tengkiu i-roki i love u! ^-^


aku ni seorang yang sangat manja & mengada ngada!
susah nak jaga aku ni ha
al maklumlah anak bongsu lah katekan
ade kaitan ke?
ade ok! anak bongsu ni dia suka perhatian lebih & manja overloaded!


so kami pun mula lah pergi dating sana dating sini
Alhamdulillah kami dah boleh lupa kisah hitam kami =)


masa balik summer 2o10 aku hepi sebab banyak jalan jalan pusing malaysia


inilah pix first aku & i-roki
bermulalah destinasi aku & i-roki
pix neh di ambil oleh current rumm8 aku;nad azmi >.<
kat vanggey,ipoh mase neh
i-roki cakap mamak sini besh!
herlow syg,im from penang di mana mamak2 suma super best
bluweeek nak jugak menang! >3<
 ouh lepas lepak vanggey kami pegi genting!
hoyehh memang best dapat main solero shot tu! 
aku boleh naik 20 kali sebab aku suka benda yang adventure2 neh
hahaha besnya bole jerit jerit masa tu! ^-^

 ini pulak kat melaka
hamb0ih berjalan sakan aku ngn i-roki !
paling adelah asam pedas melaka..
perhh berpeluh peluh aku ngn i-roki santap mase tu..
terbaek lah asam pedas power melaka!calit sket orang melaka~

 ouh ini kat genting gak
aku malas nak susun bawak pix neh naik atas 
hahaha kenapa pix neh?
pix neh untuk tunjuk yang kami sama tinggi!
banyak orang cakap aku lagik tinggi haha!
tuh la aku da cakap kat i-roki aku lagik tinggi tapi dia tetap menafikan spekulasi tersebut
ahh pegi ukur tinggi
ya kami sama sama 160 cm okeh!
ok wutever janji bukan i-roki lagik tinggi haha!

 ha ini pulak kat sungai klah,sungkai,perak
kami pun xtau macam mana bole sesat sini
i-roki yang bawak aku
tapi memang best tempat neh sebab dia ada sauna semulajadi
dia ada kolam air panas & kolam air sejuk
dia ada macam macam tapi tak mampulah eden nak gi semuo tompek kan!
so kalau korang nak jalan jalan mandi manda bole lah ke sini=)

 ha ini kat queensbay,penang!
ini lah first couple shirt kami haha!
susah gile nak carik size i-roki yang super mini tu
jadek kami beli baju kanak kanak
haha nasib dua dua pun size 'S'
nak jugak snap dalam fitting room kan!
ps: bilek asing asing eh..neh sebab nak amik pix je,huh aku tau ade orang dah mula pikir kami masuk fitting room haaaaa~

 ouh ini pix fevret aku sebab i-roki nampak schweet gile!
plus this is my first time wearing dress!
masa jalan jalan kat gurney tu i-roki nampak dress neh
terus beli dan terus dia suruh aku pakai
omg omg omg!
aku terasa seperti ayu gila bila pakai macam neh
tapi i-roki suka tengok aku pakai dress
yelah aku neh perangai kasar kasar jadik bila aku pakai dress aku jadik ayu
ok wutever:p

 warkah adinda(1) dari i-roki untuk aku!
haa jangan taktau i-roki neh seorang yang kuntum ok
dia super schweet dan sangat suka berpuitis
kadang kala aku sampai telelap bila dia mula berpuisi haha sorry i love u!
ini adalah lagu hasil tulisan i-roki
masa dapat neh muka aku merona merah jambu..malu !

onitsuka tiger!
yeahh aku berjaya dapat satu sebab i-roki nak jugak aku ada satu tiger!
sebab dia ada satu jugak
meriah betul kasut neh
yeah dah ade kasut kapel jugak baaahaha!

yepp itulah kisah awal aku & i-roki
kalau di tanya apa perasaan aku sekarang ni
aku akan jawab : Alhamdulillah,lelaki impian aku dah diperkenankan
aku tak kesah pasal paras rupa pasal harta benda sebab aku pernah dapat satu dulu
kan orang cakap: biarlah lelaki yang sayang perempuan tu lebih dari perempuan tu yang terlebih lebih ^-^

dengan i-roki, kisah hitam aku telah pupus..yeaaa >_<
dan dengan i-roki aku rasa aku adalah aku

pss: i roki dah mengalami perubahan ye anak anak
masa awal dia kenal aku berat dia 48 kg sama dengan aku
tapi bila da nak masuk 2 tahun dia dengan aku berat dia dah naik 10 kg!
sekarang i-roki dah 58 kg!!
aku maintain okeh!
betollah kata orang..bila bahagia senang hati! ^-^