dR_t0ts ^o^
Dah genap 3 minggu aku bergelar seorang pegawai perubatan gred ud41 aka doctor aka houseman.. Aku ada 2 tahun masa diberi untuk lengkapkan 6 posting: o&g, medical, surgery, orho, peads, a&e.. Setiap posting diberi 4 bulan.. Kalau elok komentari terhadap kau maka genap 4 bulan boleh lah kau bernomad ke posting lain kalau tak kau akan kena extend selama 1-3 bulan.. 

Bunyi gelaran doctor tu semacam hebat..
Awalnya masa aku sudy medic, masa aku dah grad medical dan dah bergelar doctor aku langsung tak punya apapa perasaan.. Aku rasa semua kerja sama ja.. Sama susah tapi at last akan dapat gaji dan bergembira.. Tapi bila aku dah mula kerja baru aku tahu betapa tingginya gelaran doctor tu.. Semua staffness akan panggil kau doctor.. Aku sudah ckp jangan panggil doktor lah, panggil saja erna.. Tapi mereka mmg sudah diset minda utk menghormati doktor..

Besar aku rasa tanggungjawab aku..
Rasa macam tak mampu.. Awal2 kerja aku banyak berfikir, sampai bila harus hidup penat dan beban begini?
Hanya utk gaji besar sampai tiada masa utk hidup biasa begini?

Awal2 masuk sesuatu posting akan ada masa tagging 2 minggu.. Kalau org atas kau aka mo or specialist ko ckp ok awak bole offtag esok maka kerja kau akan terasa kurang beban sikit sebab kau kerja 8 jam sahaja..

Aku sekrg masih tagging di mana aku bekerja 16 jam sehari.. Kau bayangkan lah diri aku.. Sudah seperti lidi dah.. Makan tak sempat.. Solat kena laju laju.. Kena tahan pedih telinga hari hari kena jerkah..ya aku mula rasa sedikit tidak ikhlas bila pergi kerja. Rasa mahu give up everything.. Aku rasa tidak adil bila ada kawan aku dapat specialist yg bapak cool yg tak ada assesment pon utk offtag.. Hanya perlu complete kan tagging sheet sahaja dan bole offtag..

Ouh aku lupa nak bagitahu yang aku dapat dept o&g kat hosp pulau pinang..
Dept yg mencabar kata orang..
Aku ingat aku akan ok sebab masa belajar dulu aku sangat suka o&g.. Aku rasa aku bole..tpi bila kerja aku rasa sikit menyesal pilih o&g as my first posting.. Semua kata aku silap langkah.. Semua kata aku patut ambil medical sebagai first posting aku.. Haihh.. Nasi, sudah jadi bubur apa bole ubah lagi?

Dalam masa 14 hari tagging aku perlu buat banyak benda: aku kena sambut anak 10 kali, jahit episiotomy 5 kali, assist dalam ceasarean section 5 kali dan bla bla bla.. Ya aku sudah menjadi bidan utk 15 wanita.. Bunyi mcm hebat tapi langsung tak cool..

Dalam masa 14 hari ni aku asyik dimarah.. Apalah salah aku yang grad dari oversea ni? Mana lah aku tahu sistem malaysia.. Salah ke untuk dorg ajar? Bila tanya mereka suruh aku belajar dengan staffness.. Haduh apa guna kau wahai mo dan specialist?
Bukan aku mintak utk belajar medik jauh jauh pun.. Dah jpa nak hantar takkan aku nak kata eh taknak lah saya nak study dalam negara ja sebab nanti saya tak reti pula sistem malaysia.. Ayoyo..

Hari hari aku pergi kerja dalam keadaan takut.. Seronok ke bekerja kalau hati tak ikhlas?
Aku ingat aku sorang tapi semua org rasa mcm aku.. Ada beberapa org kawan aku dah tulis surat behenti kerja sebab tak boleh tahan dengan semua ni lagi.. Aku ada jugak rasa mcm tu..tapi aku taktau bila aku akan bertindak mcm tu..

Syukur aku dapat hospital pulau pinang.. Dekat dengan rumah dan ada mak ayah.. At least setiap hari dorg boleh teman aku.. Dan syukur jugak aku ada tunang yang best dan boleh faham aku.. Syukur ada kawan baik yang ada masa nak bagi telinga untuk aku luah.. Ya aku seorang yang manja dan cepat nangis.. Dah segelen air mata aku tumpah sejak mula kerja.. Aku bukan macam orang lain yg pandai sembunyi perasaan sedih.. Aku seorang yg fragile.. Hukhuk..

Tapi sejak kebelakangan ni aku sudah mula terdetik: mesti ada sesuatu yang manis di sebalik semua ni.. Allah itu kan Maha Bijaksana.. Dia juga Maha Mendengar.. Aku pasti Dia mendengar doaku.. Semoga perjalanan hidup aku dan kawan seperjuangan dipermudahkan..amin :)
dR_t0ts ^o^
Assalammualaikum & salam isnin ^-^
rabu lepas aku dah dapat surat induksi..syukur Alhamdulillah..finally masa melepak sepenuh masa aku bakal berakhir..
induksi aku besok sampai lah jumaat..isnin depan dah kerja..
ouh doakan aku dapat Hospital Pulau Pinang eh..aminn!

jumaat ni pun dah boleh sign agreement nak beli keta..hope 121212 aku boleh dapat kereta baru aku..amin!=)

dalam seminggu lepas banyak benda yang jadik..dan hidup aku dah bukan kanak kanak seperti dulu lagi haha..da kerja nanti lagik lahhh banyak benda nak fikir.. nak kawen nak baya duit kete nak itu nak ini..

Alhamdulillah..impian aku nak daki Broga Hill kat kajang kesampaian gak finally! so happyyyyy! lepas ni aku nak tawan Gunung Kinabalu pulak..yeahh! seronok daki bukit dengan i-roki.. lepas ni aku nak ajak i-roki pergi travel serata dunia..yeah!

eh dengar cerita pasal Yahudi laknatullah yang sedang berpesta mengebom Palestine?
sungguh celaka kan kaum mereka?
bagi aku mereka mmg ada masalah otak.puih!
maaf sejak kes pengeboman tu bahasa aku mula kasar semula. aku rasa mereka sangat jijik. rasa kalau aku jumpa depan2 aku mahu ludah keluar kahak hijau kat muka depa. seriously aku rasa mereka sangat jijik. rasa macam mahu baling tahi jugak kat wajah bongkak mereka.

Ah tapi kat dunia kau boleh lah nak buat macam kaulah bapak dunia ni. kau lah taiko hebat. kau lah kuasa terpenting. bila Allah tarik balik bila Allah turunkan bala, memang menganga lah kau lepas ni wahai sialan! ishh malas mahu cakap panjang2 pasal ni. bikin darah naik je.
Kita nak tolong banyak tak mampu. cuma boleh tolong doa tolong boikot dan tolong derma jelah mana yang patut. kesian saudara Islam kita di sana tengah bertempur syahid. kita kat sini? sedang menjilat ais krim sebab suhu di penang ni tengah panas? ish ish.

dah nak kerja. maka lepas ni boleh lah aku share perihal hidup seorang pegawai perubatan dengan karenah pesakit, jururawat dan seluruh isi hospital. semua dah pesan: jagalah kau toiek lepas ni gelak kau tak besar lagi haha!ouh why?

lepas ni gelak aku akan semakin besar sebab wayar otakku akan lebih berkembang akibat darah yang semakin banyak naik kepala. panas panas! 

ingat ni, nanti dah kerja aku akan senyummmmmmmmmm ja. 
ingat, aku akan senyummmmmm ja. =)

ps: sebab aku tau senyuman aku manis mampu leburkan hati sang pemarah haha!
dR_t0ts ^o^
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Hanya tu jela yg mampu aku katakan now huhu.

Semalam aku & i roki dok bejalan satu hari.. Hari mengusha kereta haha..
N for da first time i roki jadik big boss n aku of kos la as a lovely driver haha..

Seronot jugak eh jalan jalan carik keta neh..
Itu baru carik kereta.. Tak bole bayang nanti nak carik rumah nak carik perabot n nak prepare untuk kawen.. Omg i can feel it lah beybeyh!

Mula2 kami pegi auto city.. Merata jalan.. Yg paling best dapat try mini cooper S, porsche & lamborghini.. Omg aku mmg dah tanam niat mahu miliki salah satu dari 3 ni.. Tp sumpah hati aku dah terlekat dgn lamborghini yg herge nye 1.7 million! Gila kah?

Ade satu kete aston martin yg dah dibeli dgn harga 1.2 million.. Aku hanya mampu urut dada dan  dahu jelah bile pk ishh bes betul jadik org kaya byk duit neh kan.. Tp mmg byk gile beza keta yg super bapak mahal dgn keta yg below 150k.. N bru aku phm kenapa org laki bole gilakan kereta sbb aku pon dah mula gilakan kereta!!!

Asalnye aku nak carik kedai suzuki je.. Punye lah jauh bejalan smp ke auto city mcm kat island ni xde kan.. Skali pegi xde plak suzuki kat auto city.. Ade kat bukit mertajam.. So drive la pulak ke BM.. Susah jugak nk carik even pakai GPS sbb xbiase.. Alhamdulillah tepat 1.07 ptg jumpe lah kedainye.. Usha usha n test drive.. Wahh mmg bes bawak kete auto.. Sungguh senang n lenang!

Maka aku pon decide mahu beli suzuki GLX kaler supreme red.. Aku mahu plat kl sbb plat penang skrg super xlawa.. Pku.. Eww da mcm oku je.. So xnak!

Lepas tu kami g queensbay plak.. Skrg ade promo kete.. Try la plak ford fiesta n subaru.. Ok aku bersetuju dgn i roki yg nak sgt beli subaru seketul.. So dlm 10-15 tahun aku kene beli mini cooper n i roki kene beli subaru.. Ok set!

Aku try ford fiesta pon bes gak.. Not bad.. Design lawa tp aku lg minat mazda.. Peugeot 308pon slurp tp itulah.. Aku baru nak keja.. Nak kena simpan duit nak kawen n kehidupan afte bergelar puan.. So abaikan lah dgn niat itu.. 

Mak n ayah pon cakap amik swift GLX dulu.. Ok kena ikut cakap mak ayah supaya berkat hidup :)

Tapi seryes shit.. Sumpah best jalan jalan cari kereta semlm! Lepas tu dapat pulak karok 3 jam kat queensbay.. Mmg sampai serak suara i roki.. Kesian i roki yg xde langsung bakat nk jadik glamer tu haha ( sory dear;p)

And dpt jugak buku yg aku carik: doctor, saya takut jarum.. Kira mcm buku preparation untuk jadik doctor.. Huhu.. Alhamdulillah life seems brighter than ever (^__^)/



Ps : kawan baik aku telah selamat menjadik mama untuk baby girl : Amanda Sofea! Sdap kan name tu? Im so happy for her.. Weee xsaba nak ade anak sendiri jugak.. Oo Allah mudahkanlah jodohku.. Amin :)
dR_t0ts ^o^
120912
I will remember this date forever!!!

Alhamdulillah afte 3 trials weyhh!! Syukur Allah atas rezeki dan nikmatmu..
Kesimpulan dari segalanya adelah buatlah setiap benda dengan niat dan semangat yang betul.. Berusaha dan tawakal lepas tu doa banyak2:)

Muka pagi ni dengan susah payah..dan dan lah pagi ni pulak la kan nk keracunan makanan.. Dengan cirit 7 kali muntah 2 kali mmg aku dah lembik habeh dah! 

Mungkin aku terlampau nebes kot smp mcm tu skali.. Haha! Mmg semlm dada aku tachycardia dari siang sampai malam.. Makan xlalu.. Tdoq xlena.. Mandi xbrapa bersih.. Debarannya dasat!

Syukur syukur syukur:)
Ramai menanti result positif from aku haha!
Mak ayah amok ateh atam sayangbucuk n all best n good frens.. Finally aku boleh bawak semua ni jalan2 pusing Malaysia!

Okeh siti nk dtg amik aku.. Dpt lesen dan makan free seminggu haha!

Ps : mari pujuk ayah beli kereta.. Second hand pon jadik lah!:)
dR_t0ts ^o^
Woot woottt! ヾ(@⌒ー⌒@)ノ
Aku sedang memblogkan blog aku melalui saya-talipon milikku. Ahahaha sangat lah gumbira rasa hati bila internet berkuasa kuda dan semangat berkuasa cahaya. Arghh banyak benda berjuta perkara yang berlaku dalam hidup seorang erna nadia dalam seminggu dua ni. Phewww!

Life is not easy buddy! But hey life is bitter without experiences!
Dalam bulan Syawal yang mulia lagi bahagia ini aku banyak pula terkenang kisah silam aku di alam universiti academy.

Tentang betapa shit nya diri aku zaman study. Dan baru sekarang lah aku nak sedar diri betapa shitnya aku dahulu. Perangai, kata kata, tingkah laku, tutur kata ahh segalanya lah memang macam tahi sahaja. Kenapa sampai begitu perlakuanku?

Oo Allah.. Jika aku boleh pusing masa memang aku akan pusing 360 darjah! Nak ulang masa tahi ku menjadi masa pelangi yg indah. But life is life. Let bygone be bygone bak kata orang. Tapi berkata kata memang senang. Nak buat tu yang tak berapa senang kan?

Sebabnya kadang2 kita rasa macam insaf tapi kadang2 setan tu pakai power yg hebat lalu tewas jugak iman senipis bawang kita ni, nahh mula fikir ehh aku ke yang salah? Kadang kadang kita nak jugak rasa yang kita ni sentiase aje betul takmau kalah. Ah stendet lah tu kan?

Tapi aku dah tak pedulik dengan syaitan2 yang dahulu berjaya tahikan hidup aku. Maka aku dengan tebal mula mencari semua kontek nomber kawan2 aku pernah guriskan hati mereka demi untuk memohon ampun atas segala jahat aku. Uiiceyhh bunyi macam aku ni penjahat atau penjenayah pulak kan?

Tapi apa beza penjahat yang merompak bank dengan orang jahat yang selalu sakitkan hati orang? Rasanya bank kalau kena rompak ada banyak lagik bank yang boleh bekerja besoknya. Tapi kalau hati yang dah disakiti mana mungkin pulak nak carik hati lain. Ok memang lah hati bole tumbuh semula tapi parut melekat sampai mati. Ahh tapi sekarang orang boleh amik collagen utk buang semua parut yang ada. Ok apa yang engkau mengarut ni wahai tenuk?

Aku harap dengan usahaku mahu menjernihkan persahabatan akan diredhai Allah dan usahaku ini berbaloi baloi. Amin!

Kau pernah rasa tenang dan aman tak bila kau dah buat something yang besar maknanya? Aku rasa! Aku rasa dadaku tenang seluasnya. Bukan dadaku besar lurahnya ok. Tetttt!

Cubalah kau buang ego kau dan ketepikan sekejap malu kau untuk meminta maaf atas dosa yang kau pernah buat di depan di belakang di tepi di atas di bawah di semua arah angin, insha Allah hati kau rasa aman dan senyum kau tak mau lekang.

Lagipon sekarang aku tengah dalam mode nak awet muda so aku takmau dah hidup di dalam kepuraan kesakitan dan mkemuraman! Err ada kaitan ke? Ada lah of kos. Bila kau selalu senyum selalu ketawa dan gembira hati kau lapang dan muka kau takkan dimamah usia.

Ok lah. Dah pukul 3 pagi. Rosak plan awet muda aku hari hari pon nak jadik kelawar.
Ampun maaf atas segalanya!(*^o^*)/


dR_t0ts ^o^
heee..Alhamdulillah syukur..baru baru ni i-roki telah menjadik matang akhirnya..yay! dia telah menjadi lelaki berumur 25 dan sedar akan keteringin-nan(ok abaikan bahasa aku) untuk berbini beristeri..hihi..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
sujud syukur aku seketika................................................................



dah lama aku tunggu i-roki nak bincangkan hal ni..yelah dah setahun sebulan aku dan i-roki bertunang.. aku tak berapa gemar diikat lama lama ekceli(takut basi pulak rasanya)..dan aku memang dah lama bersedia untuk berkhidmat sebagai seorang isteri mithali(bajet tak habis habis!)..bukan lah mahu berlagak dan over confident tapi aku rasa its better that way..kan?

bagi aku bila dah terbina masjid indah itu insha Allah segala jiwa akan menjadik tenang segala perkara akan menjadik senang di bawah keredhaan Dia..sebab semuanya dah halal.. sebab semua benda yang dibuat pasti  pahala ganjarannya..insha Allah..

buat air untuk suami yang tengah dahaga pun dapat pahala..buat suami tersenyum pun dah dapat pahala..buat suami kenyang pun dah dapat pahala..belum masuk kalau urut suami yang penat bekerja..belum masuk err tak payah la nak masuk bab bab lain kot(puasa oyyy!)

tapi itulah..banyak pulak benda nak kena fikir dan rancang sebelum majlis bermula..nak pilih tarikh pun susah sebab kerjaya aku nanti..belum masuk nak pilih tema apa..hidangan yang macam mana..baju nikah baju kahwin..aku kalau boleh mahu yang paling simple..paling senang..paling tak membazir..simple but memorable..weehheee!

bila i-roki dah mula ajak bincang pasal mendirikan masjid ni..minda aku ni macam dah ter-set automatically : aku dah nak jadik bini orang ni, byk kena improve..baik dari segi masa..dari segi masakan..dari segi kerajinan..err dari segi memandu(doakan aku!)

sebab aku tengok rata rata kawan kawan aku yang dah kahwin semua macam busy.. aku fikir aku nanti for sure lah akan lagik busy sebab kerjaya aku as a doctor..aku banyak intebiu membe2 yang dah stat keje.. Alhamdulilah ramai cakap sekarang houseman dah tak se-busy dulu..dulu asyik asyik nak oncall.. sekarang dah ada shift..oncall pon 2-3 kali je seminggu..tapi aku nak oncall selalu sebelum kahwin sebab aku perlukan duit..hahha!

dah kahwin nanti aku dan i-roki perlu fikir pasal rumah dan family planning.. of course lah nak menikmati zaman berdating dengan suami habis habisan dulu baru fikir pasal anak..tapi aku dah 25 weyh! next year dah 26..kalu kahwin tahun depan(amin!) paling awal nak dapat baby is 2014 which is aku dah 27..omg! melahirkan baby after 30 years old is not very good actually..see banyak benda nak kena plan n fikir kan?

actually kahwin adalah benda yang mudah..sediakan kenduri sikit untuk orang makan..selamat akad nikah dan selamat berkhidmat untuk suami demi Allah..woha!

yang sedikit mencabar is life after married..kalu dah lame keja senang sebab simpanan pun banyak.. tapi aku baru nak kerja(belom keja pon kot!)..ramai kawan cakap mcm tu..majlis buat yg simple sbb kene kumpul duit utk beli macam2 nanti lepas kahwin..aku ni pening sebab tengah fikir aku nak hidup kat mana la afte kawen..sebab nak beli rumah and all..

aku tak suka tempat yang hectic macam kl macam penang..sebab aku rasa serabut..aku suka kampung sebab tenang tapi nak duduk lama lama pun macam tak berapa best jugak..so aku vote for pekan sebab tak la hectic sgt tak la boring sangat..and kerja konfem konfem tak la sibuk sangat..

aku bercita cita nak sambung buat specialist nanti..hope impian aku ni diizinkan i-roki.. sebab bila dah jadik specialist, gaji pon mahsyukk..kerja pon takdelah penat sangat..woha!( aku seorang yang gilakan duit kan? omgoshh!)

duit penting of kos..sampai dah life dah betul betul stable barulah bole berileks banyak banyak..aku suka nak berpulun habisan now dan kumpul duit banyak2 pastu bila dah 35++ dah bole rileks dan tengok anak anak membesar..maybe aku bole benti keja dan jadik suri rumah(maka tercapai lah impian aku woha!)

arghh jauh pulak plan aku ni..dush dush dushhhh! 

aku actually tengah fikir..aku nak buat tema yang macam mana eh? ahah! kalau dah namanya pun pompuan memang macam ni lah kan?

aku minat merah..i-roki minat hijau..so aku vote for red and green..yay! sebab since dengan i-roki aku pon dah tergilakan hijau..denggggggggggggg!

kenduri sebelah aku mak ayah cakap nak buat kat dewan sebab rumah ktorang kecik..kampung pun tak luas mana.. aku suka dewan sebab senang.. cuma perlu hias dewan buat pelamin kat sana..so takdelah serabut ayam sangat rumah..yay! lepas dah setel majlis resepsi dah boleh pulang dan berhoney moon..yayy!

hurm cakap pasal honey moon nih..aku nak pegi mana pulak eh? dalam or luar negara..aku teringin nak pergi  korea..ahah! dapat pegi 4 hari 3 malam pun dah slurp dah ni..ah kalau dah honeymoon bukan nak keluar sangat kan?(ok ini bulan puasa dan jangan nak miang wahai toiek!)

ahhh bestnya fikir pasal nak kahwin..aku teruja sangat sebenarnya!!!

ps:)ya Allah permudahkan lah urusan aku dan tunangku ke jalan mendirikan masjid yang halal dan indah..amin!=)
dR_t0ts ^o^
Alhamdulillah..aku telah selamat tiba di tanah air tercinta..
sesampai di airport Penang, mak ayah amok ateh atam pakteh datang jempot lalu bawak aku melantak di tepi pantai..perhhhh aku suka makan malam di tepi pantai..lepas tu balik tidoq..konfem lena diulit mimpi..
baru 3 hari balik macam2 aku dah buat..


sabtu ni pulak insha Allah ada kenduri syukur untuk aku yg dah grad ni hehe..
busy lah sepanjang minggu ni dengan nak kemas rumah nak masak nak itu nak ini..
tapi aku tetap tak lepas dari bace buku pemberian sahabat baik..


hepi gila bila bangun tidoq pagi isnin tu mak aku bawak seplastik besa berisi barang2 yg aku beli online n hadiah2..maka nya hari hari ku tidak lah membazir begitu sahaja..weeeheee!


ps: makin lama makin bertimbun2 sayang aku kat i-roki! sabarlah wahai hati *mode: nak kawen!*
dR_t0ts ^o^
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
finally im graduating!
27th june 2012..
omg! im a doctor now!!!!=)







Alhamdulillah..
thanx a lot i-roki for giving me both of these as a birthday & grad presents..omg im touched!!
seriously terkejut gilaaa bila tiba2 kawan aku bagi ni kat aku dan ckp i-roki mintak tolong bawak ke Russia dan bagi kat aku..
xpernah sangka akan mampu dapat dua benda idaman ini
syukur syukur syukur=)

lepas exam sangat busy fikir pasal grad..lepas grad busy fikir pasal trip ke st.petersburg..lepas tu pening kepala fikir pasal packing barang
omg! 
macam2 daaaa..
now aku tengah rest sekejap after 4 hours dok packing mcm gilo!
omg! im leaving Russia for good and forever!
dan baru now aku sedar betapa belambaknya barang2 aku
omg! dah 135 pagi dan tak habis2 dok berkemas!
*pengsan*
dR_t0ts ^o^
sarang = cinta = love = ai .
hati aku sekarang penuh dengan cinta
jiwa aku sekarang melimpah dengan sayang
akal aku sekarang bertimbun dengan kasih
hidup aku sekarang padat dengan bahagia.
Alhamdulillah=)

semua orang mesti ada benda yang boleh buat kita rasa hepi.kita rasa nak senyum aje. kita rasa lengkap.rasa sempurna.kan?


aku pon ada.ahaha! aku pon ada benda benda yang secara otomatik akan buat aku senyum. buat pipi aku rasa panas dan merah sebab suka sangat. buat aku rasa gembira. 


1) bila i-roki panggil aku sayang.hahaha!
2) bila dapat dinner sama2 dengan i-roki
3) bila dapat dengar i-roki berdengkur (ikut skype eh!)
4) bila pagi pagi bangun da ade wuts app from i-roki
5) bila i-roki senyum dan ketawa besar.aku rasa bahagia kot!


6)bila aku dapat makan kinder bueno(cokelat paling fevret!)
7) bila aku dapat bunga matahari yang betul ( bunga paling suka!)
8) bila dengar bunyi hujan dan guruh ( bunyi paling best!)
9) bila dengar lagu lagu cinta aku n i-roki (aura gedik terus menular!)
10) bila dapat makan char koteow penang yang bes tu


11) bila dapat makan satay dengan i-roki
12) bila dapat makan benda bergoreng cth:udang goreng,nugget,ayam goreng( memang paling sukaaa!)
13) bila senyum dan dapat balasan senyuman balik=)
14) bila dapat gelak kuat kuat
15) bila dengar lawak bodoh yang memang meyampahhh(tapi best dan terkekeh kekeh!)


16) bila ada orang belanja makan bubble tea/ice cream ade cokelat chipss!
17) bila ada orang cakap aku lawa!(semua orang pun suka kot!)
18) bila tengok series korea/ english/japan/spanish/mexican yang schwett yang sampai rase nak terbang tuu
19) bila ada main drum/guitar sambil nyanyi special untuk aku(bangga kot!)
20) bila ada orang usap kepala dan cuit pipi chubby aku(rasa comel ahhah!)


21) bila aku masak dan dapat pujian(sbb aku jarang masak hahaha!)
22) bila dapat baca komik kegemaran
23) bila dapat jalan petang petang sambil berpegangan tangan(pilu jugak aku kan?:p)
24) bila dapat main permainan ganas ganas macam kat genting tu ke
25) bila mak dan ayah cakap dorg sayanggg kat aku ( paling sangat bahagia dan bangga!)


okeh..since tahun ni umur aku bakal masuk 25 tahun..maka aku senaraikan lah 25 benda yang bole buat aku bahagia. haa sekarang tahu kenapa aku rasa bahagia?>'<


sejak aku dah mula matang 4-5 hari lepas,aku dapat rasa yang cinta itu akan sempurna bila kita jumpa orang yang bole sempurnakan kekurangan kita. cinta itu saling melengkapi. cinta itu perkongsian cinta itu tolak ansur. cinta itu sabar. cinta itu sekepala!


memang lah aku rasa hidup aku memang hidup sekarang. syukur syukur syukur ya Allah.
lame gak la nak amik mase nak lupa benda2 lama tapi takpe.. kalu kita tak pernah sakit manakan rasa madu bahagia tu kan? kalau kita tak pernah sakit mana kita akan belajar asam garam hidup kan?


experience is power! woohhoooo(~,~)


pss:i roki itu oksigen!

dR_t0ts ^o^
 aloooohaaaa :)
my last may in Russia was superb!
start2 je bulan may dah ade activity yg syiok : the family day
kite buat bbq..kita main games yang comel comel..kita bergambar..kita bergumbira..
dan semua orang pulang dengan hadiah mangkok dan hamper..ihi..
 ini kami kumpulan veteran 6th year yang mmg terkenal dengan kegilaan bergambar
muke budak2 tue lepas kekenyang..sengih sampei telingaaaa kot!
dan ini semua yang terlibat that day..
seryes ly aku akan merindui adik adik nizhniy yg ohsem!
 minggu depannye pulak dapat cuti 5 ari..hah! memang batch aku ni dasar tak sedar diri yang kami ade finals in a month time..so kita decide nak pegi tengok sarkas!
memang tak rugi aku pegi n baya 70 hengget utk tgk sarkas 'laser in water' neh..superb weyh!
 depan dewan sarkas dengan budak Russian yang sporting!^-^
 aku yang terpaksa pakai specs hitam sebab aku dilanda ketumbit! ouh my! aku rasa sebab dok skodeng mcgarret hari hari sampei ketumbit mata kirikuuuuuu~


 lepas penat tengok sarkas for 2 hours,perut pon krot kret krot kret..lapaq woi!
jadik kami decide utk pegi mentekedaghah kat tiueteka..
restoran tan tan yang sedap! aku suka sebab lawa..aku suka sebab dpt mkn ayam halai..haha!
 akibat tamak dan malu bertanya..kami telah merugikan duit 50 hengget untuk manisan turkey neh...aigoooo..
 this is my feveret there! 3 kali aku g makan kat situ..tiga tiga kali aku order kebab ayam berintikan cheese yang super slurpp neh! chicken apriz name die..hihi..
 minggu pakistan pulak menjelma..nakba nakba nakba
so juniors pon plan satu games untuk mewujudkan semgt berani berjuang : PAINTBALL!
okeh ini my first time to play this game
my comment : awesome! mmg best ok main peng peng peng neh!!

 ini lah teammate aku : the red army!
diketuai oleh ejoe dan planner si ari..perhhhh tgk lah kami dengan baju askar tu..da mcm nk bperang betoi betoi dah oi!
 gambar solo adalah wajib ye anak nak! aku nampak mcm pahlawan kan? tengkiu~
 sementara tunggu pakcik van datang kutip, setelah penat berpeng peng peng dan lelah digigit nyamuk yg tibe tibe menggile tahun ni,bergmbar lah kan..ape laie!:p
 baru setgh bulan berlalu & there are tons of memories i enjoyed..sumpah aku dah mula rasa blues nak grad..seryesly zaman student adalah zaman paling best kot! suma org ckp mcm tu..bes sbb budak2 kat sini da mcm family..


finals aku mula 28 may 2012
aku baru merangkak rangkak nak study..
hope i can finish all da materials before my exam date..


doakan aku dapat jadik seorang doctor yang ohsem..amin!:p


with love from NiNo^-^
dR_t0ts ^o^
woot woottttt!!^-^
ouh Allah..terima kaseh atas rezeki ini..
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillahhhh..


hanya itu mampu aku cakap untuk hari ini..
aku tersangat happy sebab hari ini aku dapat lappie baru after 7 years oi!
7 tahun aku hidup dengan lappie lapok aku ni..
& today ayah bagi duit untuk ganti lappie lame tu
maka dapat lah aku boifren baru aku si mat puteh vaio!


aku tak sabar nak godek godek lappie baru aku sepanjang cuti 5 hari aku nanti..haha!
ouh ayah..akak akan study rajin rajin demi membalas jasa ayah belikan akak lappie baru..insha Allah i will try my very best to perform during my finals nanti..aja aja fighting!>"<


asalnya hari ini aku hanya mahu bawak daus teman dan usha lappie yang aku tergilakan sudah 4 hari ini..nak mintak review dia..yelah i-roki jauh di benua asia tu..maka aku mintaklah pertolongan pakar it nizhniy si daus yang best!


sampai aje tempat tu..daus dok bagi review positive lebih dari review negative..mcm2 dia cakap sampai aku terus text ayah dan ayah cakap ok beli! i-roki pon setuju..so ape lagik..inilah masanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..


habis aje lecture internal med..aku daus dan ezwan zapppp terus ke kedai lappie tu dan beli! sumpah aku rasa lega gila dan puas..syukur alhamdulillah=)


even sampai sekarang pon aku maseh tak percaya yang aku dah ada lappie baru
maybe sebab dah lame gile xbeli lptp itu yg jadik mcm ni..weeee..


kenapa putih? sebab aku rasa warna putih nampak elegan...kan?


okeh..sudah pasal si puteh <3 aku ni..
masa untuk melayan steve mcgarrett yang super ohsem dalam hawaii 5-o tuuu..
dan besok aku akan mula study sampai lebam! hoyehhhhh..


terima kaseh ayah!


ps: jangan seronok sangat,syaitan senang masuk line..hihi..
pss: mungkin aku perlu honeymoon ke hawaii..awwwwww~
dR_t0ts ^o^
the best memoir of 2012 ^-^

Assalammualaikum & hye to olsss:)
life getting busier omg! maybe sebab dah nak grad in 2 months time insha Allah..
tiket flight balik malaysia pon dah confirm..alhamdulillah tercapai jugak impian aku nak balik awai..hihi gatai!

okeh..april 2012 memang bulan yang ohsem lah untuk aku
lepas satu,satu benda yang baik yang jadik dalam hiudp..syukur!

yang paling highlight sekali is bila team handball aku dapat gold for gig!
sumpah itu detik paling best..mase netball menang silver aku takde pulak rase gumbira macam neh..maybe semua handballers kali ni adalah yang rapat dengan aku..all the juniors yang best.. mereka yang selalu aku pegi lepak2..share2 rasa..dan banyak bagi ilmu(pasal kehidupan selepas mati)..they are great juniors of mine seryesly..

mereka bagi aku lengkap..tidak terlalu puja keduniaan..malah lebihkan perihal akhirat..syukur di tahun akhir ini Allah bagi kesempatan untuk aku lebih rapat dengan dorang..=)


ouh ekceli ada malaysian intervasity games ke -9 pada 13-15 april itu hari.alhamdulillah final year aku kat rusia dan sukan tahunan itu dibuat kat tempat aku,nizhniy novgorod. hepi sebab aku jadik ratu placard girl dan bawak team nizhniy. hepi sebab netball yang xpernah menang dpt silver..paling hepi sbb handball dpt gold..hepi sbb overall nizhniy adalah champion!! alhamdulillah..xpernah ok..ini first time kot.. menyesal aku xjoin banyak games..menyesal tolak pelawaan join frisbee & futsal.. 

bak kate adik2 terchenta : rugi kak erna tak main 4 games kalau tak sure akak dpt title olahragawati tu..hihi..

yepp memang rugi! tp xpe la..itu namenye takde rejeki..sudah2 lah tuu :P

ape lagik yang best?
study alhamdulillah..makin ok...hepi sbb aku da bole kawal napsu tidoq aku..da bole paksa diri untuk stay up..bole paksa diri utk tak tdoq over sangat ptg2..bole paksa diri untuk kosentret..seryes skrg ni tahap kosentrasi aku dah ok! even aku xdgr mp3, ade bunyi bising pon memang aku xdgr bila aku baca..alhamdulillah..finally!=)

sekarang tengah musim practical exams.. ada 3 subjects: surgery,obs&gynae, int med..
alhamdulillah surgery aritu aku lepas dengan excellentnyaa..yep berkat usaha study pasti ada balasan=)

esok exam gynae..aku baru stat bace pagi tadi wic is aku tengah menggali kubur sendiri.. seryes lepas surgery aku jadik malas macam beruk..pehal tah..tengok lah..even now da 1145 malam aku still tak reti nak study..aku sempat lagik nak berblogging..yaaaa aku mmg super malas skrg ni & pk nk gamble je besok..huhu..

yang best lagik tiket flight aku dah konfem..
yang best lagik sekarang ni dah spring kat nizhniy & aku dah mula joging..ohh joging pagi2 memang lah super ohsem & fwesh! aku rasa macam nak joging 2 jam non stop sbb udara pepagi memang lah nyaman & plg best matahari tak terik.. aku kena lah menten putih gebu..nak balik malaysia nak pi kawen neh bluwekkkk!>"<

okeh..aku rasa aku perlu stop kat sini..nanti aku sambung lagik..ekceli banyak benda nak share..pasal macam2..nanti ok..kasik aku lepas exam prac aku dulu..kasik aku dapat lepak dgn junior2 aku dulu..baru aku update..

lets study!^-^

ps: doakan aku berjaya grad sebagai seorang doctor yang boleh dibanggakan..amin!
dR_t0ts ^o^
 Assalammualaikum & hepi day (^o^)/


kebetulan..hurm..memang betol ke ade kebetulan kat dunia ni?
aku dok berjalan sana sini dalam google dalam blog..ade yang cakap takde kebetulan kat dunia ni semua qadak dan qadar..ada yang cakap kadang2 wujud kebetulan tanpa di sangka..


aku nak hurai lebih lebih takleh..sebab ilmu agama aku setipis kulit bawang je aku rasa..cuma bagi aku kadang kadang kebetulan itu wujud..biasalah tiba tiba kita rasa nak buat itu tiba tiba kawan kau dah buat dulu..kebetulan lah kan?


contoh macam kat atas tu..aku tengah bermalasan dok godek godok fesebuk aku..pastu aku nampak application kat atas tu..dia suruh masukkan tarikh lahir pastu tunggu lah dalam 10 seconds keluar lah result pasal diri kau based on ur birth date..
aku bukanlah 100% pecaya dan obsessed..cumanya bila baca result tu aku terfikir: eh betol lah jugak..macam aku..hihi(bangga 2 minit:p) ha kebetulan jugak lah kan?


contoh macam hari ni aku pakai baju kaler purple tiba tiba kawan aku pon pakai tema purple..itu pon kira kebetulan jugak kan?


contoh macam mase tengah jawab periksa..cikgu tanya satu soklan maut kat kawan kau yang sedang jawab kat depan..kau dah fikir jawapan tu tiba tiba kawan kau bagi jawapan yang sama sejibik macam yang terlahir kat otak kau..kau pon mesti macam..aik! ha itu kira kebetulan la kan?


contoh macam kau nak beli satu barang tu..nak sangat sangat tapi kau tak beli sebab nak fikir dulu..tup tup lusanya kawan kau dah beli barang tu padahal lagik 2 hari kau nak beli..kira kebetulan jugak bukan?


contoh macam kau teringin nak makan char koay teow..nak cakap kat ayah kau suruh belikan untuk dinner nanti..tapi tak sempat cakap sebab kau busy tidoq or baca novel tiba tiba ayah kau balik kerja dan belikan char koay teow..itu kira kebetulan yang besh kan?


ha itulah aku fikir..dalam dunia ni banyak benda kebetulan..so itu biasalah..jangan pulak terlalu obses dengan sesuatu..sebab ada certain orang yang sangat taksub dengan horoskop la dengan artikel2 la sampai dah macam orang meroyan dah..tak boleh la macam tu..boleh jadik syirik kalau macam tu kan?


bak kata i-roki: lek lek sudeyyyy >.<


ouh ya..kebetulan aku dok edit pix..aku edit terus suma gamba yang pending nak upload tapi tak huplot2 jugak..
 ouh ini pix mase tournament bowling bulan lepas
group aku yang terdiri dari aku+ayam+ah teng telah merangkul tempat pertama
hoyehhhhh >.<

 ha ini pulak pix mase women's day kali ni..
kan aku cakap pagi tu kami mulakan dengan ceramah..inilah dia keadaanya mase ceramah tu..jangan men men budak2 final year yang assabiyah ni dok paling depan ok!=)
 the schweet nadias! haha!
inilah rummate aku..kami sama sama tercalon utk best dress..
alhamdulillah rezeki aku kot malam tu..hihi
 ouh ini mase kami kena present pasal art attack kami tu..
since aku yang buat cover utk booklet kami ni so aku la yang kena mukadimah sekapur sirih dulu.. paham tak ape yang aku cuba sampaikan tu? hihi
NO WAR!=)

 inilah dia budak final year 2o12 yang banyak gile merangkul hadiah pada malam gala hari muslimah tu..hihi
kami bertemakan putih sesuci hati yang bersih..haha poyo!boooo~
ouh inilah dia nurul iman..budak 5th year from moscow..
subhanallah..aku sangat kagumkan dia..sumpah aku cakap!
aku baru mendapat tahu yang dia dulu bukan begini..
alhamdulillah sejak dia di Moscow dia dah berubah banyak
ilmu dia baik ilmu dunia ilmu akhirat..gaya hidup dia..masha Allah bila aku bole macam ni?
(T^T)

itulah dia sedikit sebanyak antara kenangan manis aku sebelum aku grad tak lama lagi..insha Allah=) hope final semester ini adalah semester terbest aku sepanjang 6 tahun aku kat Russia..amin!

peace no war,yaw!^-^
dR_t0ts ^o^
 Bismillahirrahmanirrahim=)
selamat hari gadis gadis!hihi ^-^
tahun ni kat nizhniy neh..muslimah day bertemakan : be a rose among the roses
schweet kan?


be a rose..kenapa rose?
rose atau bunge mawar adelah bunge yang cantik kan? tapi ingat rose bukan senang untuk dipetik/dirosakkan/dimakan serangga sebab ia dilindungi oleh duri.. macam tu jugak lah wanita dia seluruh dunia ni di ibaratkan dengan bunge mawar.. kita wanita bukan saje hiasan dunia tapi kita ada mawar berduri yang mekar berseri..aumm ayat aku mcm karangan kanak2 tahun tiga ja! arhh wutever..aku rase korang paham kot kan why our muslimah days' theme this time is rose=)


alhamdulillah muslimah day kali ni berjalan dengan bestnye ^-^
bermula jam 830 pagi tamat pada 11 malam..
lama kan? tapi best sebab terisi dengan benda2 yang bagi aku tak rugi dan tak sia sia..
830 pagi tu ada senam robik yang diketuai oleh ah teng aka che ten! sape pegi dapat makan pisang(tapi aku takgi sebab malas gile nak robik robik pepagi bute tp aku still dpt pisang yay!)


pastu disambung dengan ceramah pasal hari wanita..
ouh ya Allah..ape aku bole cakap..penyampai ceramah itu, adik Nurul Iman..dia pelajar moscow yang datang sebab nak join budak2 nizhniy..ceramah dia buat aku rasa..wowww! she is the real rose..the real muslimah..aku malu bila aku lihat dia dan banding dengan diri aku..ditambah pulak dengan isi ceramah yg memang menyentuh kalbu..
paling aku rasa tersentuh sayu bila dikatakan negara yang mempunyai kes zina & kes buang bayi terbanyak di DUNIA adalah negara kelahiran aku sendiri iaitu Malaysia.. astagfirullah ya Allah..malu bukan? kita negara Islam yang macam mana ni?hurm..


lepas ceramah..kita dapat makan pagi..dapat sandwic telo+sadin..aku makan dua of kos as usual tamak haloba bab bab makan percuma neh..lepas tu kami ke hostel lima untuk acara iron chef & art attack! 
aku ekceli patot join iron chef tapi tibe2 dorg switch nama..yang bg nama untuk iron chef kena main art attack..so xpe..layan ajela..


acara bermula serentak dan habis jam 2..lepas tu lunch..lepas tu bole balik..masa ni la kena bincang nak buat sketsa apa untuk malam nanti...budak batch aku pilih nak buat pasal kes bayi dibuang..semakin parah kes tu kat Malaysia..


jam 730 semua kena kumpul kat dewan besa untuk last acara..
masa ni lah ada sketsa..ada presentation pasal art attack dan ada best dress..


alhamdulillah..maybe malam ni rezeki aku..
aku menang best dress.. group aku menang iron chef n art attack..pastu batch aku pulak menang sketsa terbaik..alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..itu aje yang mampu aku katakan..rezki nak kawin agaknya hihi>.<


malam ni memang buat aku rasa sedikit gembira lepas dah berapa hari aku rasa aku suram je..haha..emo tak habis habis aku ni kan?bluwek!


ok sudah..aku sebenarnya nak buat post pasal benda lain tapi termelalut pasal benda lain..ahh biasa la tu kan kalau dah dibagi peluang nak potpet potpet memang susah lah nak setop!dush dush pang pang pang~


cumanya aku mahu katakan:
siapa kata wanita Islam yang menutup aurat bertudung litup tidak mampu menggegar dunia? tak mampu untuk tampil lawa? aku bukan mahu riak..tapi malam Diwali aku juga menang best dress..aku pakai tudung dan menutup aurat..alhamdulillah rezeki Allah itu di mana mana..point aku cuma tu.. menutup aurat tak akan menghalang kita dari berjaya..yeyeahh!=)
 dalam ceramah tadi ada cakap: kita kena menutup aurat bukan membungkus aurat..
ya Allah tersentap gile aku mase tu sebab malu dengan diri sendiri..ya aku pakai tudung..tapi baju aku..seluar aku..cara tudung aku..semua bagai tidak menetapi dengan cara Islam..malu sangat sangat..bila aku tengok juniors..Alhamdulillah dorg semua pakai longgar2..pakai tudung tutup dada..simple n sweet..aku yang senior ni pulak yang mcm tak betol..hakk dushh*hantok kapla kat dinding!*


even ada seorang saudari baru yang memeluk Islam semester lepas pon berpakaian lebih elok dari aku..aigooo chinchaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


aku bermohon semoga aku kuat dalam melawan nafsu aku dan godaan syaitan..amin ya Robbal alamin=)
lets be the prettiest rose among roses..happie women's day,pretty women!=)