dR_t0ts ^o^
Assalammualaikum & hye ^-^
ciao in italy means hye & bye. comel bukan?


ouh aku sudah pulang dari percutian musim sejukku sejak sabtu itu hari.maknanya sudah masuk hari ke 4 dan aku baru nak bukak blog aku.ah jet lag maybe.atau mungkin aku berasa tidak berapa seronok 2-3 hari ni.kenapa? final sem(alasan!)


aku ingat nak update nak upload pasal percutian indah aku bersama rakan baik rakan bilek.tapi aku rase penat pulak nak edit semua pix dalam kamera usang hijau aku tu.nantilah bila aku ada mood dan masa.ahad haritu aku dah edit 400++ pix dari dslr zahidah.penat dan berpinau mata mengadap laptop 8 jam lebih.itu belum kira nak upload semua gambar2 tu lagik.penat yang amat.


isnin aku ponteng.aku memang mcm neh.selagi aku tak setel semua benda yang biasa aku buat aku takkan buat benda yang baru.best pergi jalan.tapi bile dah habis berjalan tak best untuk kemas semua benda.nak basuh baju.nak kemas nak susun.nak reset otak balik untuk mulakan semester baru dan terakhir. alhamdulillah selesai jugak semua benda.gumbira ^-^


ahh masa aku pergi jalan.aku rasa teruja gumbira bahagia.sebab aku langsung tak pikir pasal apapa.yang aku tau aku nak melawat negara orang.dan di italy tu lebih separuh kaum adam dia kacak kacak.ouh mata aku memang hari hari dicuci.seronok sungguh aku. dan di sana akibat terlampau bahagia,aku rasa kulit aku makin lawa dan kembali pulih sebab aku hepi je.takde langsung benda stress nak pikir.


tapi bila jejak je bumi nizhniy neh,ahh kepala aku kembali beban.aku tengok meja study aku dan aku nampak bertimbun2 buku yang perlu aku sentuh sebelum peperiksaan terakhir aku.lepas tuh aku nampak laptop.nak edit gamba.dan aku nampak gambar.aduh tanggungjawab lagik.aku rasa sangat tak best.dan aku mula rasa muka aku mula ditumbuhi benda picit2 tu.adoi.tidak.


aku selalu dok usha kalendar kat hp pink aku ni.dan aku mula mengira berapa bulan lagik yang tinggal sebelum aku betul2 habis masa untuk study.aku mula cuak cuak dan gementar.sumpah aku takut.aku takut nak exam dan aku takut nak kerja.aku rasa tak layak.ahh wutever.


ok.aku tengah menulis post ni sambil membaca blog remy ishak.aku tabik hormat seketika.dia dahulu hanya seorang pencuci pinggan di kedai mamak dan lihat apa perubahan yang jadik kat dia?tahniah!


dan aku tertarik dengan satu ayat dia: berapakah harga sebuah pengalaman?
yes.terlalu mahal dan tak terhitung. pengalaman aku banyak.tapi aku dah belajar ke? aku rasa aku masih di tokok yang sama.nilai perubahan aku tetap kosong. 


aku selalu merungut itu ini.selalu tak puas hati itu ini.mahukan yang terbaik tapi aku sendiri tak berusaha ke arah itu.nak kena kurangkan tidur pon aku bising. kurang layanan pun aku bising.ohh aku begitu banyak alasan untuk berjaya.dan aku begitu banyak komplen.itu buatkan diri aku semakin teruk macam beruk.mungkin beruk pon tak teruk macam aku.aku terlalu fikirkan apa yang orang nak cakap.terlalu.sangat.amat.dan itu tidak baik.


dan di saat ini aku mula sedar dan belajar untuk pekakkan telinga,matikan hati,zipkan mulut. aku hanya perlu biarkan otakku yang berkerja.bukan hati.hati aku perlu beku. kalau aku boleh buat semua ini,kejayaan pasti akan tiba.


ya,di saat ini aku rasa begitu 'biru' sekali.
ciao.



2 Responses

  1. dR_t0ts ^o^ Says:

    huh go la sangat..semalam kak toiek tdo 10 jam again..omg jet lag xsudah2!):